Sunday 12 June 2011

Umrah..


 Malam tadi dalam pukul 11.30 malam kami bertolak ke masjid berdekatan dengan Terminal Bas Larkin nak menjemput mama dan papa(nenek dan atuk) yang baru pulang dari menunaikan umrah. Walaupun dah agak lewat malam tetapi rasa excited sangat nak jumpa diorang. Mama dan papa diterbangkan dari Lapangan Terbang Abu Dhabi ke Lapangan Terbang Singapura dan seterusya menaiki bas terus ke masjid berdekatan dengan Terminal Bas Larkin.

Ya Allah, seronok sangat masa tu tengok ramai orang yang baru pulang dari Tanah Suci. Dalam hati hanya berdoa supaya diberikan kesempatan yang sama untuk menunaikannya. Mama dan papa pergi buat kali yang kedua. Kali pertama mereka buat haji mungkin dalam 10 tahun yang lepas. Saya tak berapa nak ingat sangat, maklumlah masa tu tak mengerti tentang benda-benda ni.

Pemergian kali ni ditaja oleh seorang hamba Allah, semoga Allah memurahkan rezeki buat insan yang memiliki hati nurani tersebut. Semoga Allah memberikan insan tersebut peluang menunaikan haji dan umrah pula, insyaAllah.

Sampai sahaja dirumah mama berikan kurma nabi atau kurma ajwa. Sedap sangat rasanya. Sepupu saya beritahu masa makan tu tengok-tengoklah manalah tahu akan terjumpa kalimah Allah atau Muhammad s.a.w. dekat kurma ataupun di bijinya. Pakcik pula beritahu lepas makan 7 buah kurma ajwa tu masukkan dalam bekas air dan isi air dalam bekas tersebut. Seterusnya simpan didalam peti sejuk dan minum. Kalau air tu habis isilah semula air tu.

Buah Tin

Pernah dengar buah tin??. Sebelum ni saya hanya pernah dengar tapi tak pernah lihat dengan mata kepala sendiri. Tadi alhamdulillah, tadi bukan sahaja berpeluang melihat malahan merasa buat tin tersebut. Mungkin kalau tengok dari rupanya ada orang rasa tak berselera nak makan tapi kalau dah rasa sekali pasti nak lagi. Rasanya manis-manis buah.

Benda-benda lain yang mama dan papa bawa adalah benda-benda yang biasa kita dapat semasa orang pulang dari Tanah Suci. Tetapi perkara baru yang saya dapat rasa hari ini ialah kurma nabi/ajwa dan buah tin. Alhamdulillah, ni semua rezeki yang Allah limpahkan untuk hamba-hambaNya.

Disebabkan besok hari bersekolah tak dapatlah anak-anak mama dan papa nak stay dekat kampung ni dan kemas apa yang patut. Jadi saya dan dua orang sepupu yang masih bercuti semester akan duduk beberapa hari untuk membantu apa yang patut.

Ya Allah, kurniakanlah kami dan keluarga kami rezeki untuk menziarahi Tanah Suci Kota Mekah dan Madinah. amin..

No comments:

Post a Comment