Sunday 27 March 2011

Perkongsian..

Tadi Allah telah pilih saya untuk menghadiri majlis Ilmu di Pusat Islam. Saya tertarik nak kongsikan kata-kata seorang syeikh dan ahli sufi iaitu Syeikh Balkhi. " Kita akan mendapat lima hal, melalui lima cara, iaitu:

1. Keberkatan rezeki melalui solat Dhuha.
2. Cahaya di dalam kubur melalui solat Tahajjud.
3. Kemudahan menjawab soalan Munkar dan Nakir melalui bacaan Al-Quran.
4. Kemudahan melintasi titisan sirath melalui puasa dan sedekah.
5. Naungan arasy Ilahi melalui dzikrullah dalam keadaan bersendirian.

wallahua'lam..semoga saya dapat amal dan anda juga, insyaAllah.

Saturday 26 March 2011

Rindu..

Setelah beberapa minggu tak balik terasa sangat rindu dengan keluarga tersayang. Terutama sekali mak dengan ippa(ayah). Lagu Mother oleh Sami Yusuf ni membuatkan mengalir air mata jika dihayati. Lirik nya cukup mendalam. Terima kasih ya Allah kerana telah mengurniakan aku ibu bapa yang sangat menyayangi ku.

Mainkan...dengar...dan hayatilah lirik nya..

Friday 25 March 2011

Tawakkal Adalah Keajaiban Hidup..

Yakin pada ALLAH bukanlah mengharap takabulnya segala harapan,
Yakin pada ALLAH adalah meletakkan keredhaan pada ketentuannya,
rasa bahagia dengan ujian walaupun perit,
disitu air mata yang menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka..
Indahnya tarbiah ALLAH, tersirat rahmat dan hikmah..
Diuji kita sebagai tanda sayangNya..

Bahagianya kekasih ALLAH dihadiahi ujian yang amat hebat sebagai tanda kasihNya..
Begitulah rupanya berkasih dengan ALLAH..
Tidak akan dibiarkan terlena dalam kenikmatan yang melimpah,
tetapi dilundungi dengan ujian dan cubaan yang tak berkesudahan..

Panjatkan kesyukuran keranan itu tanda sayang ALLAH kepada hamba-hambanya.
ALLAH Maha Tahu apa yang terbaik untuk bagi hambanya.

"Ya ALLAH, sentuhkan lah hati hamba-Mu ini,....saat dia jauh dari-Mu,
Peluklah hatinya,....saat dia mencintai sesiapa lebih dari Mu,
Peliharalah imannya selalu,...
Jadikanlah dia hamba yang banyak berdoa, beristighfar, dan menangis di depanMu,
agar diberi kekuatan dan kesabaran kerana setiap sesuatu datang dariMu.."

Semoga ALLAH memberimu PELANGI untuk setiap hujan..
SENYUMAN untuk setiap tangisan,
RAHMAT untuk setiap cubaan,
KEKUATAN untuk setiap dugaan,
dan MAKBUL untuk setiap doa.

Pasangan Hidup..


Usah mencari..
Perlengkapkanlah diri..
Jadi lah orang yang dicari..

Sesungguhnya lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik dan begitulah sebaliknya. Yakin dan percayalah lah kerana ini janji-janji Allah. Dan sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji.

 

Monday 21 March 2011

Tudung Labuh dan Safety Factor..

“Okey, ada apa-apa yang hendak ditanya lagi?”, mungkin sahaja ini adalah kata penamat pada malam ini sebelum bersurai.

"Emm...Abah, saya nak tanya satu soalan boleh tak?", suara Azhan pantas mencelah.
Aku melihat jam pada tangan. 11.30 malam waktunya. Selalunya waktu sebegini sudah dikira lewat pada perkiraan manusia di negara burung Kiwi ini. Namun, aku kagum dengan semangat anak-anak muda Islam Auckland yang masih lagi hangat berbicara tentang Ad-Din ini di kala malam menuju usia pertengahannya.

"Silakan bro...tak ada hal punyalah.", jawabku.

"Abah, kenapa ada sesetengah orang perempuan pakai tudung yang labuh sangat. Kalau dah menutup dada itu dah kira ok la kan. Dalam Quran pun dah sebutkan kalau menutup itu biar sampai menutup dada. Buat apa nak pakai tudung besar-besar macam tu. Nampak macam..."

"Macam cendawan yang comel-comel warna merah tu?", sambungku memotong bicaranya.

"Haa? Cendawan? Kenapa cendawan?"tanya Ipin.

"Sebab kepala cendawan tu kan bulat dan labuh sampai ke separuh badannya."

Jenaka sepontanku disambut ketawa kecil adik-adik ini. Aku mencelah kerana aku tidak mahu perempuan yang menjaga kesederhanaan diri itu dilebel yang bukan-bukan. Cendawan yang comel mungkin berpada.
Aku diam seketika, memikirkan bagaimana caranya aku hendak meyakinkan adik-adik ini. Kesemuanya adalah pelajar tahun pertama jurusan kejuruteraan; manusia yang kebanyakan masa berhujah dengan logik akal dan prinsip-prinsip fizik.

“Semua dah ambil mata pelajaran Introduction to Engineering Design kan? Pernah tak dengar konsep Safety Factor?”

Aku memerhati kesemua mereka. Ada yang mengangguk dan ada yang menggelengkan kepala.
“Safety Factor ialah satu prinsip dalam rekaan apabila seseorang jurutera itu melebihkan sesuatu perkiraan kejuruteraan untuk mengambil kira faktor-faktor yang tidak diketahui demi menjamin keselamatan produk yang direka."

“Contohnya, dalam situasi mereka jambatan, perkiraan ketebalan pasak utama yang diperlukan adalah 50cm. Disebabkan ada faktor-faktor yang tidak dapat dikenal pasti sama ada kadar perubahan halaju angin yang mendadak, kadar pemendapan tanah yang berubah secara drastik akibat aliran air bawah tanah yang tidak menentu ataupun faktor-faktor lain, ketebalan pasak utama itu ditingkatkan sebanyak faktor 1.5. Maka, ketebalan yang akan digunakan ialah 75cm”, aku menjelaskan dengan panjang lebar. Biar panjang asalkan mereka faham aliran hujahku ini. Safety Factor dalam berhujah.

“Jadi Abah, tak ke over design kalau macam tu? Membazir namanya”, tanya Hairi.

“Tak, bro. It is an investment. Bayangkan kalau apa-apa yang terjadi pada produk yang direka dan dalam kes tadi ialah jambatan. Kalau jambatan tu runtuh, tidak ke kita yang rugi. Di saman, diheret ke mahkamah atas negligence dan silap-silap boleh di penjara. Lebih teruk kalau ada nyawa yang terkorban atas kelalaian kita. Macam mana kita nak jawab dengan family mereka. Jadi, dalam soal keselamatan tiada kompromi, bro”, terangku lagi.

“Siapa boleh teka industri apa yang paling tinggi dalam safety factor?”, aku sengaja menyoal untuk menguji adik-adikku ini.

“Oil and gas?”, teka Muiz dan yang lain hanya memandang Muiz untuk mengharapkan Muiz menjawab lagi dengan jawapan-jawapan rawak agar mengena sasaran. Aku hanya tersenyum memandang telatah mereka.

"Aviation industry, bro. Sesetengah rekaan menetapkan safety factor tertinggi iaitu faktor 4."

"Jadi, dapat kaitkan konsep safety factor dengan tudung labuh tadi?”

Aku dapat melihat mereka mengangguk-angguk kecil. Harap-harap itu tandanya faham bukan tanda mengantuk. Aku menyambung kembali peneranganku.
Memang memakai tudung, wajib labuh mentup dada. Tapi soalan yang diajukan Azhan tadi, "kalau sudah menutup dada, how labuh is 'labuh'?”.
Labuh sampai menyapu jalan atau bagaimana? Kadang-kadang, seseorang wanita itu dalam satu posisi yang apabila memakai hijab yang hanya menutup 'cukup-cukup', maka aurat yakni dada mereka mungkin terselak.
Contohnya, sewaktu bersukan, membongkok untuk mengambil barang yang terjatuh di atas lantai and macam-macam lagi. Jadi, mereka melabuhkan lagi tudung mereka supaya tidak terselak dalam situasi-situasi yang tidak dijangka.

Sama seperti safety factor juga, cuma yang berbeza adalah mereka menjamin keselamatan diri mereka dan orang lain dari azab api neraka. Kalau sudah menjaga keselamatan dari api neraka, itulah the highest safety factor."

"Macam mana, tidakkah cantik begitu?", satu retorik agar mereka berfikir.
Wallahua'lam.

dipetik dari - Artikel iluvislam.com

Kelebihan Majlis Ilmu


1.       Lebih baik daripada mendirikan 1000 rakaat solat sunat.
2.       Lebih baik daripada menyedekahkan 1000 dirham di jalan Allah.
3.       Lebih baik daripada menziarahi 1000 pesakit.
4.       Lebih baik daripada menghantar 1000 jenazah ke perkuburan.

Cuba muhasabah diri semula dalam sehari berapa kali kita buat solat sunat?? Dalam seminggu berapa kali?? Sebulan?? Boleh kira pakai jari kan. Menyedekahkan 1000 dirham di jalan Allah. Sebagai pelajar yang hari-hari memerlukan duit mampu kah kita untuk menyedekahkan 1000 dirham. Top up pon kekadang minta dengan mak kan. Menziarahi 1000 orang pesakit, jururawat mahupun doctor tidak mampu untuk melakukannya dalam satu hari. Menghantar 1000 jenazah ke perkuburan, dalam 1 tahun mungkin sorang dua sahaja yang kita sempat hantar kan??  Tapi keistimewaan yang Allah bagi umat Nabi Muhammad dengan hanya menghadiri satu majlis ilmu kita akan dapat ganjaran tersebut. Bukan sama pahalanya tetapi lebih baik dari empat perkara di atas. Subhanallah!! Nak lepaskan ke peluang ni?? Sesungguhnya majlis ilmu di dunia adalah merupakan taman-taman syurga. Kalau nak masuk syurga Allah yang tersangat indah dan hebat yang tidak dapat dibayangkan itu kita kenalah masuk taman-tamannya dulu.

Sunday 20 March 2011

Ketika........

Ketika wajah penat memikirkan dunia,
Maka berwudhu lah..
Ketika tangan letih menggapai cita-cita,
Maka bertakbirlah..
Ketika bahu tak kuasa memikul amanah,
Maka bersujudlah..

Ikhlaskan semuanya dan dekatlah pada-Nya..
Agar tunduk di saat yang lain angkuh..
Agar teguh di saat yang lain runtuh..
Agar tegar di saat yang lain terlempar..

Semoga rabitah ini terus teguh..
~Salam Mujahadah~

terima kasih buat Kak I untuk kata-kata di atas.. =))

Saturday 19 March 2011

Gadis Idaman..

Gadis itu wajahnya berona NUR IMAN..
Mahkotanya litupi tanda KEHORMATAN..
Maruah diri dipagari dengan KESOPANAN..
Dialah puteri indah RUPAWAN..
Tika gadis lain sibuk menghiasai diri, dia hias NUR ILAHI pada WAJAHNYA..
Tika gadis lain sibuk mencari SANG PUTERA dia selesa bersama cinta-NYA..
Tika gadis lain sibuk BERMADAH PUJANGGA, dia tekun dengan BAIT kata TUHANnya..
Tika gadis lain menangisi pemergian ARJUNA, dia tangisi KEHINAAN DIRI sebagai hamba..
Gadis itu seperti MAWAR BERDURI, indah dipandang namun sukar DIPEGANG..
Mulianya kerana KETAQWAAN..
Cantiknya kerana keperibadian AKHLAK MULIA..
Kerana itu dikatakan GADIS IDAMAN..
Moga dirimu  menjadi gadis idaman..
Mungkin jarang dihargai..
Tapi ingatlah tempat tinggin nan indah menantimu di sana..

Friday 18 March 2011

Masa itu kehidupan..

Sesungguhnya masa itu kehidupan dan tidak boleh diputarkan semula. Diam tak diam sudah hampir satu sem saya berada di politeknik ni. Terkenang saat mak dan ippa hantar masa hujung bulan 11 tahun lepas. Beriya-iya menangis sebab takut ditinggalkan. Maklumlah tak pernah berenggang dengan famili. Ippa ngan Afiqkaka rilex jerk, control macho lah katakan. Dalam bahasa melbari kaka bermaksud abang dan ippa bermaksud ayah. Tapi alhamdulillah saya dapat survive disini walaupun jauh dari keluarga. Dua bulan yang pertama saya balik dua minggu sekali. Walaupun PD ke JB memakan masa tiga jam lebih tapi sanggup bersusah naik bas semata-mata nak balik rumah. Selalu doa supaya Allah percepatkan masa. Tapi Kak L cakap tak baik doa macam tu. Lepas cuti raya cina selama seminggu, Allah uji saya tak boleh balik sebulan sebab ada pelbagai program setiap hujung minggu. Kenapa Allah uji saya sebegitu rupa?? Supaya saya tidak terlalu fikir nak balik sahaja tetapi lebih fokus terhadap pelajaran. Bulan ni tiga minggu pula tak boleh balik sebab ada aktiviti kamsis ngan Rakan Pusat Islam(RPI). Kini saya terbiasa dengannya. Dah tak doa supaya Allah percepatkan masa, dan saya belajar erti sabar. Sesungguhnya Allah tidak menguji hambanya jika hambanya itu tidak larat untuk menanggungnya.

Wednesday 16 March 2011

Saya Budak Baru Belajar..

Alhamdulillah dengan berkat kasih sayang Allah, DIA beri saya peluang untuk menulis walaupun diri rasa belum mampu. Kalau asyik cakap tidak layak kerana kekurangan ilmu sampai bila pun kita tidak akan boleh menyumbang sesuatu. Sesungguhnya ilmu Allah itu maha luas. Sebagai contoh kita berdiri dihadapan laut yang luas. Kemudian celupkan jari kedalam laur tersebut dan angkat jari kita itu. Air yang melekat di jari kita adalah ilmu kita manakala laut yang terbentang luas itu adalah ilmu Allah s.w.t.(subhanallah!!) Lagi banyak yang kita belajar sebenarnya lagi banyak yang kita tak tahu. Sebenarnya hampir sebulan saya ada akaun blog ni tapi tak tahu macam mana nak post kan apa-apa. Kelakar kan??Syukur kelmaren belajar subject BLOG dalam subjek Office Suite Software, jadi tahulah saya macam mana nak post apa-apa. Itulah yang dinamakan dengan keizinan Allah.Semoga Allah memberi saya idea tentang ilmu apa yang boleh saya kongsikan disini. Sesungguhnya semua umat Nabi Muhammad tidak terlepas dari kerja dakwah.Jika ada apa-apa kesalahan mintak ditegur ya, saya budak baru belajar.