Friday 24 June 2011

Facebook..

Lepas solat maghrib tadi saya ditemani adik ke cyber cafe berdekatan rumah nak print borang-borang kemasukan ke politeknik bagi semester 2. Printer saya dah kehabisan dakwat pula. Hmm kerusi-kerusi di CC tu dipenuhi orang kecuali dua komputer yang terbiar kosong. Mungkin komputernya tidak berfungsi.

Apa yang saya lihat adalah sesuatu yang amat-amat mengejutkan. Semua orang hanya melayari satu laman. Apa dia?? Sudah tentu FACEBOOK!!

Remaja hari ini telah dimomokkan dengan perkara-perkara yang disuntikkan oleh ejen-ejen yahudi ini. Adakah mereka sedar apa yang sedang berlaku di Palestin?. Adakah mereka tahu apa nasib saudara-saudara kita di sana.? Bukannya tidak boleh berfacebook tetapi  apa yang remaja hari ini buat sudah jauh menyimpang dari landasan yang dihalalkan syarak.

Pernah ada orang menggelar saya anti sosial kerana tiada akaun facebook. Tetapi hati ini terasa tidak kuat sangat nak buka akaun facebook tu. Terlalu banyak perkara yang tidak baik rasanya daripada yang baik. Mungkin satu hari nanti saya akan buat, tapi entah lah.

Andai kata saya buat suatu hari nanti, moga ianya saya dapat gunakan untuk menyebarkan agama Allah dan bukannya untuk bersosial semata-mata.

Moga Allah sentiasa mengingatkan saya dalam usaha saya mengingatkan manusia lain. Sesungguhnya kerja dakwah itu tak tertanggung di atas bahu orang-orang agama sahaja.

Niat..

Rasululllah S.A.W. bersabda:

"Sesungguhnya sah atau tidak sesuatu amalan itu,
bergantung kepada niat.
Dan setiap sesuatu pekerjaan itu, 
apa yang diniatkan.
Maka sesiapa yang berhijrah semata-mata
taat kepada ALLAH dan Rasulnya,
maka hijrah itu diterima oleh 
ALLAH dan Rasulnya.
Dan sesiapa yang 
berhijrah kerana keuntungan dunia yang dikejarnya
atau kerana perempuan akan yang dikahwini,
maka hijrahnya itu terhenti
pada apa yang ia niat hijrah kepadanya."

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Thursday 23 June 2011

Akan Ku Terus Ketuk Pintu Tuhanku..

akan ku terus ketuk pintu tuhanku
menangis dan mengadu
tentang dunia yang penuh sendu
dikala mata-mata sedang lesu beradu
akan ku seru namaMu,
di penjuru waktu sunyi dan sayu

akan ku terus ketuk pintu tuhanku
sekalipun tangan ku penuh debu
sedang pintu itu seputih susu dan salju
kerana ku tahu..
tuhanku tidak pernah menghalau tamu
yang datang bertemu dan menyeru
sekalipun dosa memenuhi angkasa
namun keampunanNya meliputi segala 

akan ku terus ketuk pintu tuhanku
tanpa jemu, tanpa malu
selagi ku memanggilNya, DIA MAHA TAHU
aku hanya seorang hamba
ada dosa, ada pahala..
namun DIA YANG MAHA MULIA,
limpahan kemaafam tiada tepian
kerana DIA TUHAN AR-RAHMAN
sedangkan aku insan penuh kedaifan

akan ku terus ketuk pintu tuhanku
mengadu dalam sayu dan sendu
merintih tentang dunia yang letih
janganlah aku DIKAU sisih
dari kurniaan nikmat kasih
diri yang kotor pohon dibersih
terimalah istighfar dan tasbih


karya : Prof. Dr. MAZA



Backbiting consequences..

Mahkota Berharga Wanita..



Firman Allah S.W.T. :

"Katakanlah kepada wanita beriman : Hendaklah mereka 
menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah 
mereka manampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak
daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung
ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada 
suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka,atau putera-
putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara
laki-laki mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-
putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau
budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki,
yang tidak mempunyai keinginan(terhadap wanita) atau anak-anak
yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah 
mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan 
yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kami sekalian kepada
Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."

surah an-Nur (31)

Friday 17 June 2011

Minum Berdiri : Antara Hukum dan Kesannya..

Suka minum berdiri?? Saya antara orang yang selalu minum berdiri dekat rumah. Nak cepat lah katakan. Tapi lepas baca entry ni memang dah tak nak minum berdiri lagi dah, insyaAllah. http://zharifalimin.blogspot.com/2011/06/minum-berdiri-antara-hukum-dan-kesannya.html

Sunday 12 June 2011

Umrah..


 Malam tadi dalam pukul 11.30 malam kami bertolak ke masjid berdekatan dengan Terminal Bas Larkin nak menjemput mama dan papa(nenek dan atuk) yang baru pulang dari menunaikan umrah. Walaupun dah agak lewat malam tetapi rasa excited sangat nak jumpa diorang. Mama dan papa diterbangkan dari Lapangan Terbang Abu Dhabi ke Lapangan Terbang Singapura dan seterusya menaiki bas terus ke masjid berdekatan dengan Terminal Bas Larkin.

Ya Allah, seronok sangat masa tu tengok ramai orang yang baru pulang dari Tanah Suci. Dalam hati hanya berdoa supaya diberikan kesempatan yang sama untuk menunaikannya. Mama dan papa pergi buat kali yang kedua. Kali pertama mereka buat haji mungkin dalam 10 tahun yang lepas. Saya tak berapa nak ingat sangat, maklumlah masa tu tak mengerti tentang benda-benda ni.

Pemergian kali ni ditaja oleh seorang hamba Allah, semoga Allah memurahkan rezeki buat insan yang memiliki hati nurani tersebut. Semoga Allah memberikan insan tersebut peluang menunaikan haji dan umrah pula, insyaAllah.

Sampai sahaja dirumah mama berikan kurma nabi atau kurma ajwa. Sedap sangat rasanya. Sepupu saya beritahu masa makan tu tengok-tengoklah manalah tahu akan terjumpa kalimah Allah atau Muhammad s.a.w. dekat kurma ataupun di bijinya. Pakcik pula beritahu lepas makan 7 buah kurma ajwa tu masukkan dalam bekas air dan isi air dalam bekas tersebut. Seterusnya simpan didalam peti sejuk dan minum. Kalau air tu habis isilah semula air tu.

Buah Tin

Pernah dengar buah tin??. Sebelum ni saya hanya pernah dengar tapi tak pernah lihat dengan mata kepala sendiri. Tadi alhamdulillah, tadi bukan sahaja berpeluang melihat malahan merasa buat tin tersebut. Mungkin kalau tengok dari rupanya ada orang rasa tak berselera nak makan tapi kalau dah rasa sekali pasti nak lagi. Rasanya manis-manis buah.

Benda-benda lain yang mama dan papa bawa adalah benda-benda yang biasa kita dapat semasa orang pulang dari Tanah Suci. Tetapi perkara baru yang saya dapat rasa hari ini ialah kurma nabi/ajwa dan buah tin. Alhamdulillah, ni semua rezeki yang Allah limpahkan untuk hamba-hambaNya.

Disebabkan besok hari bersekolah tak dapatlah anak-anak mama dan papa nak stay dekat kampung ni dan kemas apa yang patut. Jadi saya dan dua orang sepupu yang masih bercuti semester akan duduk beberapa hari untuk membantu apa yang patut.

Ya Allah, kurniakanlah kami dan keluarga kami rezeki untuk menziarahi Tanah Suci Kota Mekah dan Madinah. amin..

Untuk Memilih Teman Hidup..


 
Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik...
Terbaik dari segala hal...
Duniawi mahupun ukhrawi...
Kelak dirimu bahagia.

Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik...
Soleh dan solehah...
Mukminin dan mukminat...
Hidup sentiasa berlandaskan hukum dan syariat...
Bahagia dunia dan akhirat.

Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik...
Baginya dunia hanya sementara...
Akhirat dikejar kerana itulah tempat yang abadi...
Untuk menuju ke syurga Allah.

Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik....
Al-Quran jadi panduan hidup...
Sunnah Rasulullah menjadi ikutan...
Moga kekal di dunia hingga ke akhirat...

Tuesday 7 June 2011

Selawat Itu Kekuatan..

Sejak kerja ni diri terasa penat sangat masa buat kerja tu. Rasa macam lama sangat masa tu nak berlalu. Kerja saya adalah membantu tukang masak menyiapkan bahan-bahan untuk dimasak. Setiap hari saya harus membersihkan ayam, hati ayam, sotong dan sebagainya. Ayam memang benda yang wajib. Lama sangat harus berdiri nak bersihkan ayam tu, jadi saya selawat lah secara perlahan-lahan. Saya sorang yang dengar itu dah mencukupi.

Disebabkan sinki tersebut rendah dari ketinggian saya maka saya haruslah bongkok kan badan sedikit. Ini yang membuatkan pinggan saya menjadi sakit.

Dan hasilnya?! Menakjubkan!! Saya tak terasa langsung masa dan tiba-tiba dah siap dah rupanya kerja tersebut.

Memang betul-betul memberikan saya kekutan yang luar biasa. Cuba lah aplikasikannya dalam setiap perkara, insyaAllah akan mendapat keberkatan dan pahala yang besar.

Selawat yang paling mudah dan senang saya rasa selawat di bawah ini oleh Sami Yusuf. Slow dan mudah diikuti.


Wednesday 1 June 2011

Kerja..

Hmm.. Dah beberapa hari tak dapat nak update blog. Maklumlah sekarang dah jadi pekerja di salah sebuah restoran  milik pakcik. Tak sangka pula boleh dapat kerja tapi untuk dua minggu sahaja. Penat memang penat, baru tahu inilah rasanya kerja di restoran. Respect lah dengan orang yang kerja di restoran ni yang melayan pelanggan dengan sabar dan berusaha memuaskan hati pelanggan.

Lepas dua minggu nanti sibuk nak uruskan hal berkenaan poli. Tadi cek permohonan untuk asrama. Alhamdulillah dapat asrama tapi blok bawah. Rasa macam dah selesa dengan blok atas walaupun blok atas ni jauh dari kelas berbanding degan blok bawah.

Bak kata mak, tak apalah tu rezeki yang Allah dah tentukan so redha jerk lah. Lepas mak cakap macam tu baru rasa lega sikit. Allah sedarkan sedarkan saya melalui mak, alhamdulillah.