Friday 24 June 2011

Facebook..

Lepas solat maghrib tadi saya ditemani adik ke cyber cafe berdekatan rumah nak print borang-borang kemasukan ke politeknik bagi semester 2. Printer saya dah kehabisan dakwat pula. Hmm kerusi-kerusi di CC tu dipenuhi orang kecuali dua komputer yang terbiar kosong. Mungkin komputernya tidak berfungsi.

Apa yang saya lihat adalah sesuatu yang amat-amat mengejutkan. Semua orang hanya melayari satu laman. Apa dia?? Sudah tentu FACEBOOK!!

Remaja hari ini telah dimomokkan dengan perkara-perkara yang disuntikkan oleh ejen-ejen yahudi ini. Adakah mereka sedar apa yang sedang berlaku di Palestin?. Adakah mereka tahu apa nasib saudara-saudara kita di sana.? Bukannya tidak boleh berfacebook tetapi  apa yang remaja hari ini buat sudah jauh menyimpang dari landasan yang dihalalkan syarak.

Pernah ada orang menggelar saya anti sosial kerana tiada akaun facebook. Tetapi hati ini terasa tidak kuat sangat nak buka akaun facebook tu. Terlalu banyak perkara yang tidak baik rasanya daripada yang baik. Mungkin satu hari nanti saya akan buat, tapi entah lah.

Andai kata saya buat suatu hari nanti, moga ianya saya dapat gunakan untuk menyebarkan agama Allah dan bukannya untuk bersosial semata-mata.

Moga Allah sentiasa mengingatkan saya dalam usaha saya mengingatkan manusia lain. Sesungguhnya kerja dakwah itu tak tertanggung di atas bahu orang-orang agama sahaja.

No comments:

Post a Comment