Thursday 23 June 2011

Akan Ku Terus Ketuk Pintu Tuhanku..

akan ku terus ketuk pintu tuhanku
menangis dan mengadu
tentang dunia yang penuh sendu
dikala mata-mata sedang lesu beradu
akan ku seru namaMu,
di penjuru waktu sunyi dan sayu

akan ku terus ketuk pintu tuhanku
sekalipun tangan ku penuh debu
sedang pintu itu seputih susu dan salju
kerana ku tahu..
tuhanku tidak pernah menghalau tamu
yang datang bertemu dan menyeru
sekalipun dosa memenuhi angkasa
namun keampunanNya meliputi segala 

akan ku terus ketuk pintu tuhanku
tanpa jemu, tanpa malu
selagi ku memanggilNya, DIA MAHA TAHU
aku hanya seorang hamba
ada dosa, ada pahala..
namun DIA YANG MAHA MULIA,
limpahan kemaafam tiada tepian
kerana DIA TUHAN AR-RAHMAN
sedangkan aku insan penuh kedaifan

akan ku terus ketuk pintu tuhanku
mengadu dalam sayu dan sendu
merintih tentang dunia yang letih
janganlah aku DIKAU sisih
dari kurniaan nikmat kasih
diri yang kotor pohon dibersih
terimalah istighfar dan tasbih


karya : Prof. Dr. MAZA



No comments:

Post a Comment