Thursday 25 April 2013

Hlovate..

“Pernah baca novel Hlovate?”, Tanya Nik Nurul Ain kepada saya.

Novel?? Sejak bila pula Nik yang saya kenal ni minat dengan novel? Kami sewaktu disekolah dulu memang sekepala kalau bercerita bab bola sepak. Walaupun saya perempuan ianya tidak membantutkan kesukaan saya terhadap sukan yang satu itu.

Berbalik kepada cerita novel tadi. Kata Nik novel-novel Hlovate stylo dan islamik. Bila dengar islamik plus dengan stylo timbul rasa pula nak baca. Kebetulan teman sebilik saya memang peminat Hlovate dan dia pun sedang mengumpul novel-novel karangan Hlovate. Saya pun apa lagi cuba-cuba lah untuk baca. Nik kata baca 5 Tahun 5 Bulan.

Dan saya berjaya menghabiskan novel tersebut dalam masa 3 hari. Tak boleh baca terus sebab kena study juga kan. Dan saya temui satu kelainan dengan novel karya Hlovate ni. Memanglah tak boleh dibandingkan dengan novel-novel karangan Habiburrahman al-Syirazi atau Ubaidillah A. Alias. Tapi novel ni memang ada nilainya yang tersendiri.

Dulu masa zaman sekolah saya seorang peminat novel cintan cintun. Banyak juga novel yang sempat dibaca masa zaman “jahil” tu. Sampai akhirnya saya rasakan betapa banyak masa yang telah saya buang semata-mata untuk melayan perasaan yang entah apa-apa tu. Dan minat saya terhadap buku telah bertukar dari membaca novel semata-mata kepada buku-buku ilmiah sekarang ini. Tapi syukurlah saya tak pernah pun beli novel-novel tu, semuanya pinjam dari Yaya. Yaya tu sahabat dari kecil lagi, dah macam watak dalam 5 Tahun 5 Bulan lah pula. Hehe.

Apa yang paling terkesan sekali tentang novel Hlovate ni ialah dia tidak mengajak saya mengelamun atau pun rasa terawang-awangan melayan perasaan. Itu yang membuatkan saya jatuh hati tu. Pernah adik saya menyuarakan pendapat untuk membeli novel Ombak Rindu selepas melihat meletupnya filem tu di pasaran. Dan saya dengan tegas melarang sebab tak nak adik saya pun berangan melayani perasaan. Untuk mengelakkan dia beli novel Ombak Rindu tu saya pun gantikan keinginannya dengan novel Mengintai Cinta Khalifah oleh Ustaz Ubaidillah A. Alias. Biar terisi dengan pengisian untuk memahami erti “Khalifah”.

Dalam 5 Tahun 5 Bulan juga saya belajar bagaimana seseorang itu boleh menjadi matang dalam proses umur yang semakin meningkat dari tahun ke tahun. Dari seorang remaja bertukar menjadi wanita yang matang, seorang isteri, seorang ibu dan seorang doktor. 


Terima kasih Nik Nurul Ain yang jauh berada di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah. Miss you so much, hampir 3 tahun tidak bertemu. Ukhuwwah fillah, May Allah bless.



5 Tahun 5 Bulan
HLOVATE

Wednesday 24 April 2013

Rahman by Misyari Rashid al-Afasy


My first impression after watching this video is subhanallah, beautiful..


Rahman, O Rahman
Aid me, O merciful
Fill my heart (with love) of Quran

Open my chest ti the Quran
and pour the Quran down in my life

For Allah
my desire for Allah is passionate
So I can learn the book of Quran
to start with Bismillah
for it closure (Quran) and his approval

O nur (The Light), O nur (The Light)
O Quran, (you) descended to the graduate
Unto Muhammad SAW, by jibreel
guided by the lord of the throne
For man, and all that exist

Takbir..., Takbir
Allah is the greatest
For the one, While young, Who has learned the Quran
the eyes illuminate with serenity and content
bearing the light of the dawn, shining
and the universe enriched with the recitation

Allah Allah
O, Allah, gather us together
by your book, and make it a benefit for us
make it our fortress
our tranquility, and our eternal guide

Wednesday 10 April 2013

Fattabiouni 1 - Adab-adab Tandas..



Antara adab-adab ke tandas :

1. Menanggalkan cincin atau benda yang padanya disebut nama Allah.

2. Menyebuat nama Allah dan memohon perlindung dari ganguan syaitan sebelum masuk ke tandas.

3. Menutup kepala.

4. Memakai selipar agar tidak terpijak najis.

5. Mengangkat pakaian agar tidak terkena najis.

6. Masuk ke tandas dengan menggunakan kaki kiri.

7. Tidak menyebut nama Allah didalam tandas.

8. Tidak berkata-kata didalam tandas seperti berbual ditelefon dan hanya berdehem apabila dipanggil.

9. Had bertelanjang - hanya mengangkat pakaian yang perlu sahaja semasa membuang hajat.

10. Beristinjak dengan menggunakan tangan kiri.

11. Istibra' - berdehem

12. Keluar dengan kaki kiri dan berdoa.

13. Duduk dan menekan kaki kiri supaya dapat memudahkan proses pengeluaran najis.

14. Berhati-hati dengan percikan air kencing.

15. Jangan melihat najis yang telah dibuang itu.