Wednesday 31 October 2012

Kenapa Aku Tak Boleh Bangun Tahajjud..

Kenapa aku tak boleh bangun TAHAJJUD??

Ini jawapan dari Imam Ahmad Bin Hanbal.

Seorang lelaki menceritakan tentang dirinya..

Setiap kali sebelum tidur..
aku sudah berwudhuk..
aku tidur berlapikkan limbung kanan..
menghadap kiblat..
dan membaca ayat-ayat yang diajar oleh Baginda Nabi S.A.W. sebelu tidur..
dan aku berniat hendak bangun TAHAJJUD selepas aku tidur..
tapi kenapa setiap kali aku bangun dari tidur, matahari sudah mula nampak??

jawab Imam Ahmad Bin Hanbal, "Yang membelitmu adalah dosa-dosamu."

Allah...

Saturday 27 October 2012

The Masjid's Call The Ummah..


Masjid ini adalah milik umat,
wahai umatku, di mana pemuda-pemuda,
yg taat yg mmpunyai kesungguhan,
dlm kesungguhan itulah kehidupanku..

Wahai Bilal agama bertakbirlah,
takbirlah Allahuakbar,
dan dgan pujian Allah bertakbirlah,
takbirlah wahai Bilal sbnyak2 nya.

masjid ini menyeru manusia
wahai muslim di mnakah keikhlasan?
wahai muslim di mnakah ikhlas?

Wahai Bilal agama,
serulah
Serulah dengan suaramu
yang menghidupkan hatiku jiwaku.. x2

Thursday 25 October 2012

Sayang..

..::~ Cantik solekan tapi sayang, jika tak dibasahi dengan wudhuk ~::..

..::~ Tegap tubuh badan tapi sayang, jika tak pernah tunduk bersujud ~::..

..::~ Manis ulas bibir tapi sayang, jika tak selalu melafaz zikir ~::..

..::~ Mewah kereta tapi sayang, jika tak pernah singgah di masjid ~::..

..::~ Banyak hartanya tapi sayang, jika tak pernah bersedekah dan berzakat ~::..

..::~ Cantik mulus kulitnya tapi sayang, jika tak pernah ditutup auratnya ~::..

..::~ Cerdik fikiran tapi sayang, jika tak boleh beza dosa dan pahala ~::..

Tuesday 23 October 2012

Terdedah..

Saat membacanya sahaja sudah rasa terdedah inikan pula bila berhadapan dengan al-Khaliq nanti..

Ya Rabb..

Pada hari itu kamu dihadapkan kepada Allah, tiada satu pun dari rahsia kamu yang tersembunyi". (Surah AlHaqqah: 18)
Pada hari itu segala-galanya terdedah, badan  terdedah, jiwa terdedah, amalan terdedah, dan untung nasib terdedah. Gugurlah segala tabir yang melindungi rahsia-rahsia. Bogellah segala jiwa dan segala jasad, ketaralah segala yang tersembunyi. Setiap orang kehilangan daya tipu helah, kehilangan daya tadbir dan kehilangan perasaan. Terbukalah segala tembelang yang selama ini ditabiri hingga kepada dirinya sendiri. Alangkah malunya kepada khalayak yang ramai. Kepada Allah segala rahsia adalah terbuka kepadaNya di setiap waktu, tetapi mungkin manusia tidak menyedari hakikat ini dengan kesedaran yang sungguh-sungguh kerana tertipu dengan tabir-tabir dunia. Kini barulah dia menyedari dengan sempurna apabila ia terdedah pada hari kiamat. Segala sesuatu jelas di alam buana. Bumi dilebur dan diratakan hingga ia tidak dapat melindungi suatu apa. Langit juga turut pecah terbelah dan hancur hingga tidak dapat melindungi  suatu apa pun. Segala jasad bertelanjang bulat tiada dilindungi seurat benang pun, segala jiwa terbuka tanpa suatu tabir pun dan tidak lagi mengandung apa-apa rahsia. 
Tetapi yang lebih dahsyat dari kehancuran bumi, gunung ganang dan langit ialah berdirinya manusia dengan jasad yang bogel, dengan jiwa dan perasaan yang bogel, dengan sejarah hidup yang bogel dan dengan amalan yang bogel lahir dan batin di hadapan perhimpunan raksasa makhluk Allah dari manusia, jin dan malaikat di bawah naungan kebesaran Allah dan 'Arasy-nya yang terjunjung tinggi di atas segala-galanya. 
Tabiat manusia memang rencam dan canggih. Di dalam jiwanya terdapat berbagai-bagai liku dan lorong sempit tempat dia menyimpan perasaan-perasaan dan keinginan-keinginan, tempat dia menyembunyikan salah silap, angan-angan dan rahsia-rahsianya. Manusia lebih pintar melindungkan dirinya dari binatang siput yang dicucuk dengan jarum, di mana ia pantas menyorokkan kepalanya ke dalam sarungya dan menutupkan dirinya dengan serapat-rapatnya, tetapi manusia akan bertindak lebih pantas dan pintar dari siput itu lagi, apabila ia merasa ada mata sedang melihat, memerhati dan mengetahui sesuatu rahsia yang disembunyikannya selama ini atau apabila ia sedar ada mata sempat melihat suatu lorong atau liku sulit dari dirinya. Dia akan merasa amat pedih dan cemas apabila ia sedar ada orang mengetahui hal dirinya ketika ia berada di dalam keadaan-keadaan persendirian dengan perasaannya. 
Tetapi apakah yang dapat dibuat oleh manusia pada hari kiamat kelak apabila tubuh badan, fikiran, perasaan, niat dan hatinya terdedah belaka dari segala suatu yang dapat melindunginya. Bagaimana ia dapat menyembunyikan dirinya di bawah 'Arasy Allah yang Maha Kuasa di hadapan perhimpunan raksasa yang tidak bertabir itu. 
Ini adalah satu keadaan yang lebih dahsyat dan lebih pahit dari segala-galanya.
 artikel asal


Iman dan Mujahadah..



Kata Assyahid Syed Qutb, “Iman yang sebenar tidak akan mantap di hati kecuali setelah hati ini bermujahadah melawan manusia kerana secara tidak langsung ia sebenarnya telah bermujahadah melawan dirinya sendiri. 

Mereka selama-lamanya tidak akan memahami fenomena alam ini jika masih memerap diri, duduk dalam keadaan aman dan selesa. 

Sebaliknya dengan iman, mereka akan dapat memahami fenomena alam ini. 

Mereka juga tidak akan dapat memahami dengan jelas segala realiti manusia dan realiti kehidupan ini melainkan setelah mereka melalui proses ini. 

Jiwanya, emosinya, fikirannya, adatnya, nalurinya dan reaksinya tidak akan dapat merasai apa yang dirasainya kecuali apabila mereka melalui pengalaman yang sukar dan perit ini”. 

Allah..

Sejak akhir-akhir ini kedengaran terlalu banyak kes penceraian yang berlaku dalam kalangan saudara saya sendiri.

Kebanyakannya terjadi dikalangan pasangan yang baru sahaja mendirikan rumahtangga, usia pernikahan mereka belum cukup setahun pun lagi tetapi sudah mengambil keputusan untuk bercerai.

Walaupun penceraian merupakan satu perkara yang halal tetapi sangat dibenci Allah.

Apa yang dapat disimpulkan adalah jalan-jalan yang diambil sebelum pernikahan itu telah dicemari dengan perkara-perkara yang yang dilarang dalam islam maka hilanglah keberkatan ikatan pernikahan itu.

Jauhilah zina dan jalan-jalan yang mendekati zina wahai saudara-saudariku!!

Anda bijak jauhi zina!!

Thursday 18 October 2012

7 Amalan Yang Memberi Cahaya Didalam Kubur..

1. Ikhlas dalam beribadat kepada Allah s.w.t.

2. Berbakti kepada kedua orang tua

3. Menghubungkan silaturrahim

4. Tidak mensia-siakan umur untuk melakukan maksiat terhadap Allah s.w.t.

5. Tidak menuruti kehendak hawa nafsu

6. Bersungguh-sungguh mentaati Allah s.w.t.

7. Memperbanyakkan zikir kepada Allah s.w.t.

Monday 15 October 2012

Umpama..

HATI itu umpama kaca, jangan biarkan ia PECAH,

AKAL itu umpama air, jangan biarkan ia KERING,

IMAN itu umpama debu, jangan biarkan ia HILANG,

PERSAHABATAN itu umpama tali, jangan biarkan ia PUTUS..

Thursday 11 October 2012

Buatlah Walaupun Terpaksa..

"Bertudunglah walaupun TERPAKSA.
Solatlah walaupun TERPAKSA.
Puasalah walaupun TERPAKSA.

Kerana kewajipan itu memang kadangkala sifatnya TERPAKSA..

Dari keterpaksaan itu, perlahan-perlahan kita akan menemukan hikmah dan akhirnya hati kita menjadi IKHLAS keranaNya.

Kalau nak tunggu ikhlas, SA nak tunggu baru nak beribadah.

HIDAYAH perlu dicari, bukan diTUNGGU..

~macam makanan kalau tak disuap, ia tak akan masuk ke mulut~

..::~USTAZ AZHAR IDRUS~::..

Tuesday 9 October 2012

Antara Tanda-Tanda Iman Semakin Lemah..

1. Melakukan dosa tetapi tidak berasa bersalah

2. Merasa susah untuk bangun bagi mengerjakan solat subuh

3. Tiada rasa khusyuk didalam solat

4. Asyik merungut dengan ketentuan takdir

5. Tidak bersabar apabila menerima ujian

6. Sentiasa sibuk dengan urusan dunia sahaja

7. Meninggalkan al-Quran tanpa dibaca

8. Tidak endah apabila melihat manusia melakukan maksiat hatta diri sendiri melakukannya

9. Tidak berasa bersalah apabila diri sendiri melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran islam

10. Tidak merasa apa-apa pun apabila mendengar ayat suci al-Quran

11. Menyuruh orang berbuat baik tetapi diri sendiri tidak mempraktikkannya

12. Berasa senang atau gembira ketika ada sesuatu perkara yang buruk atau tiada kemajuan terjadi kepada orang lain

13. Hanya peduli yang haram dan haram sahaja, makruh tidak diambil kisah

14. Mentertawakan orang yang melakukan kebaikan yang kecil misal kata membersihkan masjid

15. Tidak peduli akan keadaan umat islam

16. Tidak berasa tanggungjawab untuk ikut kemajuan agama islam

17. Menyukai berdebat walaupun tiada bukti

18. Menjadi lalai dan obses pada diri sendiri

mari mengaudit diri!!