Friday 27 September 2013

Kematian..

Kematian..
Pemutus segala kelazatan..
Lalu sendirian berdagang asing..
Menempuh tirai hijab yang tersingkap..

Kematian..
Saat memadu rindu buat yang soleh..
Meneguk janji di halaman raudhah..
Tenang dalam dakapan rahmat yang mencurah..

Kematian..
Liang penyesalan buat si derhaka..
Dibelenggu hirisan azab bersilih detik..
Hanya raungan mengiringi jalan ke mahsyar

Kematian..
Jangan pernah dilupa akan hadirnya..
Kerana pabila ia datang menjengah..
Tak berguna seisi dunia melainkan amal..

Thursday 19 September 2013

Iman adalah Perasaan..

Sehingga walalupun kita tahu benda itu cantik
tapi apabila ia haram
kita rasa dia sepahit-pahit perkara
walaupun orang lain rasa manis 
Tapi walaupun perkara itu pahit di lidah orang
tapi bila kita tahu disitulah iman
disitulah redha Allah
disitulah rehha Rasul-Nya
Kita telan dia dengan perasaan yang manis..


Saturday 7 September 2013

Wahai Dunia Islam..

Wahai Dunia Islam!!
Saudara-saudara lelaki dan wanita kamu sekalian 
di Mesir sedang dibunuh.
Keadilan dan hak asasi di Mesir sedang disembelih.

Sampai bila baru anda akan mendengarnya??
Bilakah pula anda akan melihatnya??
Bilakah kalian akan sedar bahawa
 darah saudara-saudara kalian sedang ditumpahkan??

Demikian halnya kalian tidak pernah menyedarinya juga ketika mana di Syria, 
ratusan ribu umat islam disembelih disana..
Anda langsung tidak bersuara!!

Kamu semua masih berdiam diri!!
Sampai bila??

Tetapi jangan lupa perkara yang sama juga boleh berlaku ke atas kamu suatu hari nanti.

Reccep Tayyib Erdogan, Perdana Menteri Turki
28 Julai 2013