Friday 27 May 2011

AWAS!!Kod Lemak Babi..

http://togisahaja.com/kesihatan/awas-makan-ringan-jenama-rota/#more-50

*setiap kali beli apa-apa makana check lah label dulu..Kalau ternampak huruf "E" diikuti dengan nombor maka berhati-hati lah ya..

Biarkah Lagi??..

Mengapa asyik mengaduh sakit,
kemudian terlantar membiarkan..
Mengapa asyik berserah,
hingga malam pergi siang pun datang..
Adakah kalau terpinga kaku,
kau lega  kemudian menyesal lagi??
Kalau benar masamu kurang,
mengapa biarkan habis berlalu??
Dan engkau masih jua begitu..
Masa tak akan mengejar kita,
tetapi masa selalu meninggalkan kita..
Apa erti kehidupan jika kita sendiri gagal mencoraknya..

Jalan tak semestinya lurus,
kadang-kadang sering diuji dengan selekoh yang tajam,
jalan tak semestinya lancar,
kadang diuji dengan banyak traffic light merah..
Lumrah kehidupan kadang-kadang di bawah..

Wahai ukhtiku, duhai muslimah seperjuanganku,
tangislah dihadapanNya tika dirimu kedukaan,
serta damba mengadulah dibawah rahmat kasih sayangNya..
Ujian itu memang sakit tapi sakit itu penawar hati kita..
Penawar apabila kita jauh dari rahmatNya..
Penawar ketika kita alpa menziarahiNya..

Wednesday 25 May 2011

Mutiara Ilmu Islam..

"Dirikanlah sembahyang, 
Tunaikan zakat,
Puasa di bulan Ramadhan.
Berdermalah,
Tunaikan ibadah haji dan umrah,
Saling nasihat-menasihati,
Berilah nasihat kepada pemimpin kamu,
Jangan menipu,
Jangan terpesona dengan harta dunia..
Sesungguhnya Allah menetapkan kematian untuk setiap manusia,
kerana itu semua manusia pasti mati.
Orang yang paling beruntung adalah orang yang taat kepada Allah,
dan paling banyak bekalnya untuk akhirat"..

~Abu Ubaidah al-Jarrah~

Tuesday 24 May 2011

Kita Selesa Kerana Kita Tak Nampak..

Beberapa hari yang lepas, saya terbaca entry ni di salah satu blog yang sering saya kunjungi. Ianya tentang saudara-saudara kita di Palestin dan sememannya apa yang ditulis oleh penulis seperti terkena di muka saya sendiri. Hmm, Allah nak bagi teguran kat saya. Ini link nya dan moga dapat manfaat darinya. http://zharifalimin.blogspot.com/2010/09/kita-selesa-kerana-kita-tidak-nampak.html

Aku Cuma An-Nisa..

 
Ya Allah..
Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah
Sehingga dirinya digelar afifah solehah
Dialah wanita pertama
Tiada ragu mengucap syahadah
Pengorbanan bersama Rasulullah
Susah senang bersama
Walau hilang harta kerana berdakwah
Walau dipulau 3 tahun 3 bulan
Imannya sedikit pun tak berubah
Mampukah aku setabah dirinya?
Andai diuji sedikit sudah rebah..
Baru dihina sudah mengalah
Ya Allah..tabahkan aku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah
Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya
Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda
Anak yang semulia peribadi baginda
Tangannya lah yang membersihkan luka
Tangannya jua yang membersihkan cela
Pada jasad Rasulullah tercinta
Gagahnya dirinya pada dugaan
Mampukah aku sekuat Fatimah?
Saat diri terluka dendam pula menyapa
Saat disakiti maki pula mengganti
Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah
Tukang sisir yang beriman
dan Keluarga Yasir yang bertakwa
Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan
Mampukah sabarku seperti mereka?
Tatkala digoda nafsu dunia..
Entah mana hilangnya Iman di dada

Ya Rahman..
Kuatkan Imanku seperti Masyitah
Terjun penuh yakin  bersama bayi ke kuali mendidih
Kerana yakin Allah pasti disisi
Sabarkan aku seperti Sumaiyah
Biar tombak menusuk jasad..
Iman sedikit pun takkan rapuh..

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Ummu Sulaim
Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman
Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah
Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami
Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari Uhud
Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah

Ya Allah..
Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya
Tingginya nilai cinta pada harga Iman
Mampukah aku menatap cinta itu?
Sedangkan rupa yang menjadi pilihan
Ketulusan Iman diketepikan

Ya Allah..
Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..

Ya Allah...
Jadikan aku sehebat Aisya Humaira
Isteri termuda Rasulullah
Biar dilempar fitnah
Dia tetap teguh pada ketetapanNya
Isteri sejati yang memangku Nabi
Pada saat terakhir baginda
Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan
Betapa hatimu seorang mujahidah

Ya Allah..
Mampukah aku contohi dirinya?
Pada fitnah yang melanda
Diri mula goyah dan putus asa
Teguhkan Imanku sepertinya..Ya Rahim..

Ya Allah..
Teringat diri pada Khansa
Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH
Dia meratap tangis..
Anak sulungnya syahid
Anak keduanya turut syahid
Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid
Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta
Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad

Ya Allah..
Mampukah aku menjadi ibu yang berjihad?
Sedang anak tak tutup aurat pun masih tak terjawab
Sedang anak tinggal solat pun buat tak kisah
Berikan aku kekuatan sepertinya..
Agar bersedia pada akhirat.
Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..
Diriku bukan setabah Ummu Khadijah Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah
Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah
Mahupun sehebat Ummu Sulaim
Dan tidak seteguh Aisya Humaira
Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman
Dimana Aurat semakin dibuka terdedah
Dimana syahadah hanya pada nama
Dimana Dunia yang terus dipuja
Dimana nafsu fana menjadi santapan utama
Dimana batas sentiasa dileraikan
Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan

Wahai Kaum Hawa
Kita cuma An-Nisaa
Para pendosa yang terbanyak di neraka
Lantas walau tak setabah para Mujahidah
Namun Tabahlah pada ketetapan Allah
Kerana padanya ada Syurga!
Walau tak semulia para wanita sirah
Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara
kerana padanya ada Pahala!
Walau tak sesabar para wanita solehah
Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
Kerana padanya ada bahagia!
Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam
Bukan untuk ditindas kerana lemah
Tapi untuk dilindungi kerana Indah
dan Indah apabila tertutup terpelihara
Kerana disitulah terjaganya Syahadah
Bak mekarnya wanita dalam sirah
Tuntunlah kami ke arah syurga..
Bicara dari An-Nisaa yang hina..
Makbulkan doaku..
Aamiin..
*(An-Nisaa bermaskud wanita)
Sumber : iluvislam.com

Saturday 21 May 2011

Hujjatul Wida-Khutbah Terakhir Rasulullah..

Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.
(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)

*Setiap kali baca petikan dari khutbah ni rasa seperti diberikan kekuatan untuk berubah kearah yang lebih baik. Semoga dapat ambil iktibar, dapat amal dan cuba sampaikan pada orang lain, insyaAllah.

Monday 16 May 2011

Siapakah Dia??..

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk ialah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis ialah orang yang apabila ditimpa musibah lalu dia berkata "Inna lillahi wa inna ilaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, " Ya Rabbi, aku redha dengan ketentuan-Mu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya ialah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang miskin adalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang sentiasa menumpuk-numpukka harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan dimana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.


Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kerana telah menggunakan akal sewaktu didunia untuk menghindari seksa neraka. 


sumber : iluvislam.com

Sunday 15 May 2011

Selamat Hari Guru!!..

A great teacher
takes a hand,
open a mind,
and touches a heart.



Hari ini merupakan hari guru yang ke-40. Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada semua guru-guru di dunia. Tanpa guru siapalah kita.

Terima kasih buat cikgu tadika KEMAS yang telah mendidik saya. Kalau tak silap saya Cikgu Noraini namaya. Ya Allah, lemah sungguh ingatan saya.

Terima kasih buat Cikgu Saharudin, Cikgu Solahuddin, Cikgu Choo, Cikgu Hamimah, Ustazah Zainab dan cikgu-cikgu yang lain yang pernah mengajar saya di SKPT2. Tak mampu rasanya nak tulis nama semua cikgu yang pernah mengajar saya.

Terima kasih juga buat Sir Sam(BIO), Teacher Vimala(BI), Cikgu Anni Dzamiah(ADD MATH), Teacher Yeow(MATH), Ustazah Faridah(PI), Cikgu Masnun(BM), Teacher Shanti(KIMIA), Teacher Wong(FIZIK) dan Cikgu Norijah(SEJARAH).*disebabkan baru sahaja menamatkan sekolah menengah kira-kira 2 tahun yang lepas, jadi nama-nama cikgu yang mengajar semasa di tingkatan 4 dan 5 masih segar di ingatan. Tak lupa juga kepada cikgu-cikgu yang pernah mengajar saya semasa di tingkatan 1 hingga 3.

Terima kasih juga buat pensyarah-pensyarah di Politeknik Port Dickson. Puan Nur, Puan Norhayati, Puan Rasida, Puan Juhana, Ustaz Halue dan Madam Helene. Kerana andalah saya mendapat keputusan yang agak cemerlang hari ini. Tadi 'check' keputusan untuk semester 1, alhamdulillah keputusannya agak cemerlang. Semoga ianya berkekalan. Ni baru semester 1, naik semester 2 nanti entah lah. Takut bila memikirkannya. Tapi saya tahu saya harus hadapinya juga.

*Jika diberi kekuatan nak saya nukilkan semua nama cikgu yang telah mengajar saya, namun apakan daya saya tidak mampu mengingat kesemua nama-nama mereka. Memori saya tidak mampu nak 'search' nama-nama tersebut. Ini semua salah saya kerana tidak menjaga pemakanan kan?? Hmm lepas ni mesti dan harus menjaga pemakanan. Kalau tak macam mana nak jadi seorang professional islam??

Saturday 14 May 2011

Tahukah kita??..


Di bawah ini ada soalan-soalan berkenaan dengan sejarah islam yang ingin saya kongsikan. Tapi yang ini saya kira hanya basic sahaja berkenaan dengan perang dan sahabat. Bersamalah kita mendalami lagi sejarah islam yang agung dan hebat. Kredit buat sepupu saya yang rajin buat soalan-soalan ni.

~PERANG~
Apakah perang pertama di dalam islam?
Perang Badar

Berapakah bilangan tentera islam melawan kafir Quraisy dalam perang Badar?
313 melawan 1000

Diberi gelaran asadullah (singa Allah), dan mati syahid dalam perang Uhud?
Saidina Hamzah

Namakan perang di mana salman al-farisi mencadangkan kepada nabi untuk membina parit yang besar supaya musuh tidak dapat bergabung?
Perang Khandaq

Siapakah panglima/engineer kafir quraish yg menyebabkan tentera Islam tewas, panglima ini kemudianya memeluk Islam? 
Khalid Al-Walid

Buat pertama kalinya, nabi menghantar 3 panglima tentera untuk perang ini (nabi x pernah hantar 3 panglima sekali gus untuk sesuatu peperangan). Sebutkan nama perang ini? 
Perang Mut’ah

Sebutkan 3 panglima perang yang mati syahid dalam peperangan Mut’ah? 
Zaid bin Harithah, Jaafar bin Abi Thalib dan Abdullah bin Rawahah

Hanya mereka berdua dapat berperang dengan memegang dua pedang sekaligus walaupun ketika menaiki kuda. Siapakah mereka?
Khalid Al-Walid dan Zubair Bin Awwam


~SAHABAT~
Sebutkan nama sahabat yang nabi mengatakan bahawa :jika dikumpulkan iman keseluruhan manusia, nescaya tiada siapa pun dapat menandingi imanya? 
Abu Bakar

Digelar ‘bapa kucing’, penghulu orang miskin sekitar masjid nabawi dan merupakan antara meriwayatkan banyak hadis nabi?
Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi

Siapakah sahabat yang disebutkan nabi: setiap umat ada penjaga amanah dan penjaga amanah bagi umatku adalah ________ ?  
Abu Ubaidah ibn Al-Jarrah

Menjadi panglima perang termuda pada zaman nabi (ketika berumur 16 tahun) ?
Usamah Bin Zaid

Seorang sahabat yang kaya, menjadi khalifah (khulafa’ ar-rasyidin) selama 12 tahun?  
Usman Al- Affan

Muazzin pertama dalam Islam?
Bilal Bin Rabbah

Nabi menggelarnya sebagai “syahid yang hidup” memandangkan keadaan fizikalnya yang mengalami banyak kecederaan akibat berperang di jalan Allah? 
Talhah Bin Ubaidillah

*semoga pembaca mendapat manfaat darinya. =))
~selamat mendalami sirah~
       

Sajak Aminah Qutb Buat Bakal Suami..

Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
nescahya cinta Allah tiada penghujungnya.

Sekiranya,
Kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Ya Allah,
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Maka,
campakkanlah kedalam hatiku,
cinta kepadanya adalah kerana-Mu,
dan campakkanlah kedalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana-Mu.

Namun,
andainya dia bukanlah johoh yang
ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian,
yang Kau berikan kepadaku.

Aminah Qutb



Nakhba 15 Mei : Tertubuhnya Negara Haram Israel(1948) Dan Terusirnya Rakyat Palestin..

Di merata pelusuk dunia, ratusan pertubuhan sedang bersiap-sedia untuk menyambut ketibaan 15 Mei sebagai mendukung sepenuhnya usaha pembebasan dan kemerdekaan Palestin, sekaligus membuka laluan kepada 9 juta rakyat Palestin yang terusir untuk kembali ke tanah air mereka.

15 Mei merupakan salah satu titik hitam dalam sejarah kebinatangan Zionis — An-Nakbah, hari di mana negara haram Israel ditubuhkan pada tahun 1948 dengan cara menghancurkan 500 buah perkampungan rakyat Palestin, dan seterusnya menghalau keluar ratusan ribu rakyat Palestin sehingga terpaksa menumpang hidup di Gaza dan negara-negara jiran.

Pada hari itu juga telah jatuhnya Masjid al-Aqsa yang mulia, dijajah, dihina dan dikotori oleh penjajahan Zionis. Kaum Muslimin dilarang daripada memasukinya. Pemuda-pemuda Palestin di Lubnan dan negara-negara jiran Palestin yang lain kini sedang menjalankan kempen “Masiirat al ‘Awdah” — Gerak Jalan Menuju Pulang. Pada 15 Mei nanti, rakyat Palestin yang terusir di Lubnan, Mesir, Syria dan Jordan akan mara bergerak menuju ke sempadan-sempadan Palestin dan berdemonstrasi di sana, menuntut masyarakat dunia agar menyokong kepulangan mereka ke tanah-air asal mereka, Palestin.

Di samping itu, demonstrasi seumpama itu akan turut diadakan di hadapan kedutaan-kedutaan Israel di beberapa negara Barat. Ma’an News Agency melaporkan satu tunjuk perasaan akan diadakan di England, di mana pemimpin Viva Palestina, George Galloway, akan mengetuai usaha tersebut.

Dianggarkan sekitar sejuta orang aktivis akan terlibat dalam tunjuk perasaan di negara-negara Barat. Manakala di New York, satu tunjuk perasaan secara besar-besaran akan diadakan di pejabat PBB. Para aktivis di bawah gabungan The Organizing Committee for Al-Nakba Commemoration 2011 sedang aktif merancang tunjuk perasaan tersebut dengan menggunakan berbagai jaringan sosial, mengundang bangsa Palestin, Arab dan semua mereka yang mendukung hak rakyat Palestin untuk kembali ke tanah air mereka supaya berkumpul di Plaza Dag Hammarskjold pada 15 Mei.

Komik : the Pious Student














Mungkin kah ada lelaki seperti di atas ni?? Ya!! Lelaki yang baik hanyalah untuk perempuan yang baik dan begitulah sebaliknya..Yakin dan percayalah kerana ini janji Allah..InsyaAllah, semoga kita dikurniakan dengan pasangan hidup yang soleh dan solehah..Amin..

Puisi Untuk Ibu-Ibu Palestin..

Kau sambung harimu
Di dingin subuh
Di hening akhir malam
Di sunyi akhir bintang
Dengan desir api-api terbakar sisa-sisa semalam
Mengangkat tangan membasuh muka dan anggota dengan wudhu
Menunai subuh lalu siap berdoa
 
Kau sambung harimu
Menguli tepung
Menebar adunan
Membakar roti
Mungkin dari sisa-sisa api semalam
Mengangkat roti menghidang jamu sarapan dengan cinta
Menghidang untuk suami dan anak-anak


Biar perut mereka terisi dahulu

Kau sambung harimu
Mengambil pakaian
Mengutip kaftan
Mengangkat serban suamimu
Membawa ke punca air
Sambil melalui sisa-sisa api dan bedilan semalam
Menyental darah-darah beku
Mengisi dengan sabun kasih
Membilas dengan air mata berderai
Syukur kau masih punyai anak-anak dan suami
Dengan bukti pakaian mereka di tanganmu

Ibu-ibu palestin
Kau sambung harimu
Membersih rumah-rumah tanahmu
menyapu sisa-sisa api yang bergolek abu
Menyisir rambut anak lelakimu
Menyisip rambut anak perempuanmu yang terkeluar dari jilbab yang kau anyam
Mengucup tangan suamimu
Melambai mereka pergi
Mencari ilmu
Menuai rezeki
Mengharap mereka akan kembali
Selamat pulang ke rumah

Kau sambung harimu
Dengan zikir tafakur dan redha
Dengan selawat bersulam doa
Menanti detik pulang anak-anak dan suami tercinta

Ah,
Itu dia mereka pulang,
Anak-anakmu ada
Suami mu juga ada
Sedikit darah terpalit dibibir suamimu kau usap dengan kain basah
Kau bertanya khabar mereka
Mereka masih tersenyum
Demi mu ibu-ibu palestin

Kau sambung harimu
Di dada maghrib kau bentang sejadah jemaah
Di nadi isya' kau injap doa tak henti
Mengharap esok masih ada
untuk masih disambung
tugasmu sebagai
Ibu-ibu palestin

Di kamar itu
Kau bersama suami
Memeluk erat jasad suami yang masih bernyawa
Kau faham sayang dan cinta
hakikatnya masih enak dipeluk
masih enak dicium
masih enak didakap
masih enak dimesra
masih enak segala-galanya
Selagi nyawa suami masih dijasad
dan engkau juga faham
hakikat mungkin suatu hari
peluk
cium
dakap
mesra
segala-gala
mungkin akan pergi
dan kau akan menanggung hakikat
untuk meneruskan harimu

Sabarlah anak-anak palestin
doakanlah ibumu
Setialah suami-suami palestin
cintailah isterimu
supaya mereka
akan dapat
meneruskan hari-hari
sebagai
ibu-ibu palestin...
 
by Hafiz Hamidun
Malam Puisi Gaza II 
6 Mei 2011
Rumah PENA, Jalan Dewan Bahasa

Thursday 12 May 2011

Mutiara Berkata..

Kita minta setangakai bunga segar,
Allah bagi cactus..

Kita minta seekor kupu-kupu cantik,
Allah bagi ulat..

Kadang-kadang kita sedih, kecewa dan rasa terluka 
dengan apa yang kita dapat tidak seperti yang kita minta..

Tapi sampai masaya cactus akan berbunga indah,

Ulat akan menjadi kupu-kupu cantik..

Baru kita tahu sebenarnya,
Allah tidak akan bagi apa yang kita minta,
tetapi Allah beri apa yang kita perlukan bila sampai masanya..

Sesungguhnya Allah telah mengatur segala yang lebih baik untuk kita.

Subhanllah!!

Bahaya Cinta Sebelum Kahwin..(couple!!)


~ Pasti kelak diriku ibarat lembu yang ditarik hidung oleh nafsu.

~ Menyibukkan hati merindui makhluk yang tidak halal bagiku seumpama membuka pintu bagi syaitan manjalankan jarumnya untuk melupakanku daripada-Nya.

~ Hati akan terseksa dengan barah rindu.

~ Rindu palsu akan membelenggu minda hingga ia terjajah dan terhina dibawah jajahan syaitan.

~ Cinta lalai  akan menyebabkanku alpa daripada memepersiapkan diri untuk keperluan dunia dan akhirat.

~ Aku boleh menjadi tak rasional  berfikir jika benar-benar mabuk cinta.

~ Fitnah cinta ibarat racun yang akan membunuh akal, jiwa dan perasaan.

~ Jiwaku terganggu dalam menilai mana yang baik, mana yang buruk untuk diriku.

~ Jika aku dan dia berjaya melangkah ke alam rumah tangga nescahya ia terbina atas dasar maksiat, yang mangundang padah kepada peribadi zuriat kami pastinya.
           
Nauzubillah!!

~Pemilik Cintaku Setelah ALLAH dan RASUL~
~karya Fatimah Syarha Mohd Noordin~


Monday 9 May 2011

Tempat Larangan Bagi Hp??..

Dulu saya menggunakan internet explorer sebagai default untuk internet saya. Namun lama kelamaan bertukar kepada firefox kerana saya rasa lebih mudah. Saya suka meletakkan website-website yang saya kerap kali lawat didalam satu folder. Jadi mudah bagi saya untuk membukanya kelak. Tadi saja -saja bongkar khazanah saya kat internet explorer nak tengok ada apa-apa yang menarik tak, then terjumpa lah satu blog ni http://uwaisonline.blogspot.com/ . Dah lama tak mengikuti perkembangan blog ni. Masa tengah tengok-tengok tu terjumpa artikel tentang hp. Informasi yang saya kira sangat berguna. Kita hari ini mana boleh berenggang dengan hp kan?? Semoga dapat manfaat.


10 Tempat Terlarang Bagi Handphone..



Telefon Bimbit atau handphone sudah merupakan satu keperluan. Hampir setiap orang di dalam negara ini memilikinya. Dari seorang kanak-kanak tadika di kota kepada seorang warga tua di desa.

Untuk menjaga handfon sentiasa di dalam keadaan baik serta tidak mendatangkan mudharat kepada diri sendiri dan orang lain, harap diperhatikan 10 tempat terlarang untuk meletakkan telefon bimbit :

1. JANGAN TARUH DALAM KOCEK SELUAR

Bagi lelaki yang senang meletakkan telefon bimbit di kocek seluar sebaiknya berfikir semula. HP menghasilkan paparan medan elektrostatik dan elektromagnetik yg mengakibatkan infertility (kemandulan).

2. JANGAN LETAKKAN BERSAMA BARANG ELEKTRONIK
Jangan gunakan HP ketika signal lemah dekat dengan barang elektronik berprestasi tinggi (seperti TV, OVEN, HEATER ,dll), kerana dapat merosak sirkuit HP.

3. JANGAN DISIMPAN DEKAT KUNCI KERETA
Dalam keadaan tertentu HP yg digunakan dlm kendaraan akan memberikan kesan merosak terhadap peralatan elektronik kendaraan. HP yg diletakkan terlalu dekat dengan kunci kereta ternyata boleh menghapus kod elektronik yang ada di kunci tersebut.

4. JANGAN LETAKKAN DEKAT KOMPUTER
Komputer dan HP sama-sama memancarkan gelombang elektromagnetik. Jika berada dalam jarak yg dekat, maka keduanya akan saling merosak.

5. JANGAN LETAKKAN DI TEMPAT BERSUHU TINGGI
Tempat bersuhu tinggi,kelembapan tinggi, dan berdebu merupakan kumpulan musuh HP. Jika tertinggal di dalam kereta di cuaca yang panas terik, hp memang rosak, setidak-tidaknya baterinya.

6. HINDARI MELETAKKAN KAD SIM DEKAT MAGNET
Kerana radiasi yg ditimbulkan HP dapat merosak floppy disk, kad memori dan kad kredit seseorang.

7. JAUHKAN DARI BENDA LOGAM
Jauhkan HP dari benda logam kecil kerana magnet dalam speaker HP akan menarik benda-benda tersebut dan HP mengalami kerosakan.

8. JAUHKAN DARI ALAT PACU JANTUNG
Peralatan perubatan seperti alat pacu jantung dapat terganggu dikeranakan gelombang elektromagnetik.

9. JANGAN DEKAT GAS YANG MUDAH TERBAKAR
Gas berbahaya karena memiliki tekanan tinggi dan mudah terbakar. Oleh karena itu HP tidak akan berfungsi dengan baik.

10. HINDARI DAERAH BASAH
Rasanya kita semua sadar betapa bahayanya air bagi hp. Air juga musuh kamera digital .. Apalagi saat musim hujan, boleh mengundang banyak risiko. Bagi penunggang motorsikal, segera selamatkan hp anda dengan menyimpan di tempat yang kedap air saat hujan tiba.

Semoga bermanfaat ...
Wallahu'alam.

Solat Sunat..

Pernah tak setiap kali kita ada masalah kita mengadu dengan Allah dulu? Terlalu jarang kan? Mesti kita akan mencari mamusia dulu untuk menghamburkan kesedihan. Jarang sekali kita sebagai hamba Allah merujuk kepada Dia dalam setiap perkara. Termasuk lah saya, setiap kali ada masalah saya akan duduk termenung mengenang masalah tersebut. Bukannya nak pergi rujuk dengan Allah. Dia yang menciptakan kita, tentu sahaja Dia yang mengetahui segalanya kan.

Teringat semasa tugasan pertama semasa berada di semester satu, puan beri tugasan tentang subjek Microeconomic. Kami dibahagikan mengikut kumpulan yang dipilih mengikut senarai nama. Setelah diberi tajuk tugasan, tugasan tersebut dibahagikan mengikut ahli kumpulan pula. Ini bagi memudahkan kami untuk menyiapkan tugasan dalam masa yang ditetapkan. Alhamdulillah saya dan roomate dalam kumpulan yang sama.

Tajuk yang diberikan kepada kami nampak seperti mudah sangat. Tapi tidak ada dalam buku teks. Cari di internet, tapi macam tak tepat je. Buntu sangat kepala otak ni. Deadline semakin dekat. Tugasan tersebut haruslah dibentangkan dihadapan kelas. Saya pun mesej ketua kumpulan beritahu masalah yang dihadapi. Dia pun berkata yang dia akan telefon sebentar lagi.

Tetiba teringat, semasa mengikuti majlis ilmu iaitu taklim puan ada bercerita tentang Rasulullah s.a.w. yang selalu melakukan solat sunat 2 rakaat setiap kali ada masalah. Saya pun mencubanya buat kali yang pertama. Minta Allah bantu bagaimana saya nak menyelesaikan tugasan tersebut.

Usai solat sunat tersebut hp pun berbunyi. Ketua kumpulan saya rupanya. Dia mengatakan bahawa tajuk yang dia berikan kepada saya memang tiada rupanya. Jadi kami akan berkongsi tajuk dengan ahli kumpulan yang lain. Dah settle kan masalah yang membuat kan saya dan roomate rasa serabut sangat?? Hanya dengan 2 rakaat solat sunat dah doa. Bukankah doa itu sengata orang mukmin??

Cuba lah amalkan. InsyaAllah semoga Allah permudahkan kita dalam setiap perkara. Amin.

Sunday 8 May 2011

Sejarah Hari Ibu Yang Kita Agungkan..

Rhea, "the mother of gods"

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. 

Petikan dari Wikipedia:

Rhea ( /ˈr.ə/; Ancient Greek: Ῥέα) was the Titaness daughter of Uranus, the sky, and Gaia, the earth, inGreek mythology. She was known as "the mother of gods". In earlier traditions, she was strongly associated with Gaia and Cybele, the Great Goddess, and was later seen by the classical Greeks as the mother of the Olympian gods and goddesses, though never dwelling permanently among them on Mount Olympus. The Romans identified Rhea with the Goddess Ops.

Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang fakir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Julia Ward Howe

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Anna Jarvis

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

dipetik dari : http://zharifalimin.blogspot.com/


Wallahu'alam..


Friday 6 May 2011

Solat Khusyuk..

Ada bermacam cara untuk mendapatkan solat yang khusyuk kan? Antaranya ialah dengan memahami makna bacaan didalam solat. Tapi mungkin sedikit memakan masa untuk mengingatinya kan.

Antara cara yang boleh kita gunakan ialah dengan menguatkan sikit bacaan tapi jangan lah terlalu kuat terutama sekali bagi perempuan. Asalkan telinga kita sendiri dapat mendengar dengan jelas sudahlah.

Terdapat 4 cara mudah. Iaitu :
Memandang ketempat sujud ketika membaca al-fatihah dan surah.
Memandang kaki ketika rukuk.
Memandang tangan ketika duduk antara dua sujud.
Memandang hidung ketika sujud.

Semoga saya dapat amal dan anda juga dapat mengamalkannya.=))
Sama-sama lah kita berusaha kearah solat yang lebih khusyuk. insyaAllah.