Tuesday 15 May 2012

Rasa..




Hari ini bila anda pakai tudung untuk kemana-mana apa yang anda rasa semasa memakainya?

Rasa sedang menutup aurat atau tak rasa apa-apa?

Hari ini ramai orang pakai tudung kerana trend, kerana pada hakikatnya tidak faham apa itu tudung yang sebenarnya.

Tudung mempunyai nilai yang sangat tinggi dalam islam.

Tetapi hari ini manusia menjadikan tudung sehingga tiada nilainya langsung apabila:-

1. Memakai tudung tapi baju berlengan pendek.
2. Memakai tudung tapi pakai jeans ketat.
3. Memakai tudung tapi jarang.
4. Memakai tudung tapi bersolek tebal.
5. Memakai tudung tetapi berlegging.

Adakah ini nilai tudung bagi kita??

Fikir-fikirkanlah kenapa kita memakai tudung.

Bukan juga bermaksud kalau pakai tudung mesti kena labuh tetapi memadailah dengan melabuhkannya sehingga ke paras dada.

~Tutup lah aurat anda sebelum aurat anda ditutupkan oleh kain putih~

kan lebih elok begini??