Monday 9 May 2011

Solat Sunat..

Pernah tak setiap kali kita ada masalah kita mengadu dengan Allah dulu? Terlalu jarang kan? Mesti kita akan mencari mamusia dulu untuk menghamburkan kesedihan. Jarang sekali kita sebagai hamba Allah merujuk kepada Dia dalam setiap perkara. Termasuk lah saya, setiap kali ada masalah saya akan duduk termenung mengenang masalah tersebut. Bukannya nak pergi rujuk dengan Allah. Dia yang menciptakan kita, tentu sahaja Dia yang mengetahui segalanya kan.

Teringat semasa tugasan pertama semasa berada di semester satu, puan beri tugasan tentang subjek Microeconomic. Kami dibahagikan mengikut kumpulan yang dipilih mengikut senarai nama. Setelah diberi tajuk tugasan, tugasan tersebut dibahagikan mengikut ahli kumpulan pula. Ini bagi memudahkan kami untuk menyiapkan tugasan dalam masa yang ditetapkan. Alhamdulillah saya dan roomate dalam kumpulan yang sama.

Tajuk yang diberikan kepada kami nampak seperti mudah sangat. Tapi tidak ada dalam buku teks. Cari di internet, tapi macam tak tepat je. Buntu sangat kepala otak ni. Deadline semakin dekat. Tugasan tersebut haruslah dibentangkan dihadapan kelas. Saya pun mesej ketua kumpulan beritahu masalah yang dihadapi. Dia pun berkata yang dia akan telefon sebentar lagi.

Tetiba teringat, semasa mengikuti majlis ilmu iaitu taklim puan ada bercerita tentang Rasulullah s.a.w. yang selalu melakukan solat sunat 2 rakaat setiap kali ada masalah. Saya pun mencubanya buat kali yang pertama. Minta Allah bantu bagaimana saya nak menyelesaikan tugasan tersebut.

Usai solat sunat tersebut hp pun berbunyi. Ketua kumpulan saya rupanya. Dia mengatakan bahawa tajuk yang dia berikan kepada saya memang tiada rupanya. Jadi kami akan berkongsi tajuk dengan ahli kumpulan yang lain. Dah settle kan masalah yang membuat kan saya dan roomate rasa serabut sangat?? Hanya dengan 2 rakaat solat sunat dah doa. Bukankah doa itu sengata orang mukmin??

Cuba lah amalkan. InsyaAllah semoga Allah permudahkan kita dalam setiap perkara. Amin.

No comments:

Post a Comment