Monday 16 May 2011

Siapakah Dia??..

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk ialah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis ialah orang yang apabila ditimpa musibah lalu dia berkata "Inna lillahi wa inna ilaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, " Ya Rabbi, aku redha dengan ketentuan-Mu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya ialah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang miskin adalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang sentiasa menumpuk-numpukka harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan dimana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.


Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kerana telah menggunakan akal sewaktu didunia untuk menghindari seksa neraka. 


sumber : iluvislam.com

No comments:

Post a Comment