Thursday 21 April 2011

Sedih..



Tadi merupakan majlis ilmu terakhir yang saya hadiri untuk semester ini sebabnya hari ni dah habis dah peperiksaan akhir dan besok insyaAllah mak dan ippa datang jemput. Alhamdulillah berjalan dengan lancar. Dua paper sahaja, ada orang cakap setakat dua paper baik tak payah duduk final exam. Tapi nak buat macam mana memang course saya ni final cuma due sahaja. Ini lah dinamakan rezeki masing-masing kan.

Berkenaan dengan majlis ilmu terakhir tadi banyak pengisian yang Kak Laili beri. Sedih rasanya bila teringatkan yang Kak Laili, Kak Teha, Kak Iera dan beberapa sahabat lagi bakal meninggal poli kerana tamat pengajian. Entah bila lagi boleh berjumpa, mungkin masa akak-akak ni nak grad nanti. Besok ada usrah terakhir dengan Puan Norzihan. Untuk saya sahaja yang terakhir, minggu depan still ada lagi. Disebabkan study week dua minggu saya balik rumah di Johor tak dapatlah nak berkenalan dengan puan ni. InsyaAllah kalau ada rezeki besok boleh jumpa dia.

InsyaAllah, pengisian yang diberi puan besok akan saya muatkan untuk menjadi rujukan bersama. Sama-sama lah kita tambah ilmu dan tambah amal agar hidup lebih tenang dan diberkati insyaAllah. amin..

No comments:

Post a Comment