Saturday 23 April 2011

Amalan Seharian Menjadi Ibadat??..

Alhamdulillah, Allah beri saya kesempatan untuk berjumpa dengan Puan Nurzihan tersebut. Seronok sangat sebab pengisian beliau yang sungguh membakar semangat untuk membawa agama Allah ini. Antara perkara yang dikongsikan ialah bagaimana menjadikan kehidupan seharian kita ni penuh dengan ibadat. Tentunya kita tidak mampu untuk solat atau bersedekah sepanjang hari bukan??..

Caranya ialah dengan melakukan segala perkara dengan niat Lillahi Taala(kerana Allah). Antara contoh yang beliau berikan ialah semasa kita bangun tidur. Bukankan masa kita bangun tidur ia adalah merupakan permualaan hari baru buat kita. Apabila bangun sahaja dari tidur jangan lupa untuk membaca doa bangun tidur yang bermaksud "Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami setelah kami dimatikan"(lebih kurang begini rasanya maksud doa bangun tidur tersebut). Kemudian kita mengucap dua kalimah syahadah. Kenapa pula nak mengucap??

Kerana kita tidak tahu atau mungkin juga kita tidak perasan bahawa kita telah kufur pada hari semalam (Nauzubillah) yang menyebabkan gugur syahadah. Contoh paling mudah ialah katakanlah apabila muka kita yang merupakan pinjaman dari Allah ni keluar jerawat. Dah kita merungut ishhh!! Jerawat ni bila lah nak kecut. Leceh betullah..Benci.. Kita telah tidak bersyukur bukan? Kita sudah kufur nikmat bukan? Bukan kah tidak mensyukuri nikmat adalah perkara yang menyumbang kepada gugur nya syahadah. Jadi semasa kita mengucap itu sebenarnya kita telah memperbaharui iman kita. Semoga kita tidak tergolong didalam golongan tersebut, Nauzubillah.

Contoh yang kedua ialah tandas. Semasa masuk ke dalam tandas bacalah doa masuk tandas yang bermaksud "Aku berlindung denganMu dari syaitan jantan dan betina". Merupakan satu sunnah untuk menutup kepala dan memakai selipar. Selain dapat pahala mengamalkan sunnah kita juga akan mendapat pahala sebagai melakukan ibadah. Kemudian pendekkan masa semasa didalam tandas sependek yang boleh. Selepas qada hajat semasa keluar pula kita membaca doa keluar pula yang bermaksud "Aku bersyukur kepada Allah kerana telah melepaskan aku dari rasa sakit dan menyihatkan aku."

Islam itu agama yang syumul kan? Sampai masuk keluar tandas pun ada adab dan jika dibuat dengan cara yang beradab dan diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. ianya akan mendapat pahala sunnah dan dikira ibadah. MasyaAllah sungguh indah bukan. Subhanallah!!

Kemudian kalau kita nak mandi pula. Niatkan untuk membersihkan diri dan Allah suka pada perkara yang bersih. Simple!! Dan itu dikira sebagai ibadah. Sesudah mandi nak memakai pakaian pula. Pilih pakaian yang ada mesej dakwah. Jangan memilih pakaian terlalu lama. Tapi kita kalau nak pilih baju mesti lama kan? Dah tu mesti pilih yang cantik-cantik. "Kalau aku pakai ni mesti orang tegur cantik kan." Itu lah cara kita. Tapi mulai saat ini kita nak pakai baju bukan untuk melawa-lawa sahaja tetapi ada mesej dakwah yang cuba disampaikan. Kita mesti cakap kat diri kita semasa memilih pakaian "adakah kalau aku pakai baju ni aku telah menepati apa yang Allah suruh?" Dan jangan lupa semestinya membaca doa memakai pakaian. Diharapkan pengunjung blog ini dapatlah mencari sendiri doa tersebut. Disebabkan saya belum mengamalkan doa tersebut jadi tak tahu apa doanya. Tapi insyaAllah saya akan cari dan cuba mengamalkannya juga. Semoga diberi kekuatan olehNya.

Dan contoh akhir yang puan berikan ialah berkenaan dengan tudung labuh. Sudah cantik siapa sahaja yang bertudung labuh. Ianya adalah mesej terbaik untuk menyebarkan dakwah tentang menutup aurat. Diharapkan muslimah hari ini bijak memilih antara fesyen yang sopan tetapi tidak menepati syariat dengan fesyen yang menepati syariat. Tetapi harus diingat supaya jangan timbul pula perasaan riyak atau ujub bila dah bertudung labuh. Bangga bahawa diri ini lebih sempurna dari orang lain dek kerana bertudung labuh. Nauzubillah. Semoga Allah memelihara hati ini dari tipu daya syaitan yang direjam.


Kalau nak diikutkan terlalu banyak perkara dalam kehidupan kita sehari-hari jika diniat kan dengan ibadah maka kita akan mendapat pahala ibadah disamping melakukan perkara-perkara yang semamangnya sunnah yang diajarkan nabi s.a.w.. Maka kita akan dapat pahala yang berganda sebenarmya iaitu pahala ibadah+pahala kerana mengamalkan sunnah. Maha Pengasih Allah terhadap hamba-hambanya kan. Subhanallah!! Maha Suci Allah..

Semoga saya dapat amal dan anda juga dapat amal. =))

No comments:

Post a Comment