Tuesday 5 April 2011

Rehlah..

Ahad yang lepas merupakan usrah terakhir untuk semester ini. Encik bercadang kita adakan rehlah di pantai berhadapan dengan poli. Memang menjadi kebiasaan RPI(rakan pusat islam) muslimat untuk tidur di surau muslimah poli pada setiap hari sabtu malam ahad. Ianya bukanlah terhad kepada RPI sahaja tetapi sesiapa yang nak join amatlah dialu-alukan. Ianya turut memudahkan kami adik-adik usrah untuk bergerak sama pada pagi ahad untuk ke pantai.

Usai solat subuh berjemaah kami membaca mathurat dan diteruskan dengan bacaan yaasin. Selepas beberapa ayat membaca surah yang juga merupakan hati kepada al-Quran itu hujan pun turun dengan mencurah-curah. Lebat sangat dan diiringi dengan bunyi guruh yang berdentum. Setelah sekian lama bumi PD tidak dibasahi hujan, hari itu Allah turunkan hujan dengan lebatnya. 

Hampir pukul 8 pagi kami tiba di Pusat Islam. Encik sudah menanti dengan persiapan untuk ke pantai. Kami meletakkan semua beg dan barang-barang lain di dalam kereta Encik. Kesemua kami mencecah 19 orang. Kami beramai-ramai berjalan kaki secara cepat, nak jogging tak jadi sebab masa tu dah hampir 10 pagi. Jadi kami pun berjalan secara cepat dibawah terikan panas matahari. Ianya memakan masa hampir 10-15 minit. Habis lencun berpeluh, agaknya kalau diperah mahu penuh sebaldi. Dah lama tak jogging, rasa seronok pula 'berjogging' seperti itu.

Disebabkan Encik naik kereta jadi beliau lah yang sampai dulu. Encik bentangkan banner di tempat yang agak strategik juga iaitu di bawah pokok yang besar. Tenang sangat bila nampak laut dan tumbuhan yang kehijauan di sekeliling pantai. Subhanallah, sungguh indah ciptaan Allah. Lagi satu yang seronok nya dekat pantai poli ni ialah tak ramai orang. Tidak seperti di Pantai Teluk Kemang yang dipenuhi dengan lautan manusia.

Mula-mula kami sarapan dulu. Maklumlah pagi-pagi mesti laparkan?? Dah makan roti bersapu jem strawberry dengan peanut butter berserta air teh o. Kemudian ada game yang memang menguji minda dan kreativiti. Ada 3 game dan Alhamdulillah kumpulan saya memenangi 2 daripadanya. Game pertama ialah kami diberi 3 utas tali yang panjang dan kami disuruh mengambil bola ping pong yang berada dalam satu garisan berbentuk petak yang dilukiskan di atas tanah. Seterusnya bola tersebut haruslah dibawa dalam ikatan tali tadi sehingga ke garisan penamat yang terletak beberapa meter. Game kedua adalah dengan mengguakan tali yang sama tetapi bola ping pong tadi telah ditukarkan kepada botol kosong 600ml. Dan game yang ketiga ialah bawa bola ping pong di dalam sudu.

Usai game tersebut ada sedikit pengisian oleh Puan S. Kata-katanya memang sungguh memberi semangat kepada sesiapa sahaja yang mendegar nya. Mungkin saya boleh kongsikankannya di entry yang akan datang insyaAllah.

Habis sahaja pengisian tersebut jam sudah hampir menunjukkan waktu zuhur bakal masuk. Encik mengajak kami untuk solat di tepi pantai tersebut beralaskan banner tadi. MasyaAllah teruja sangat masa tu. Saya pernah terbaca entry sepupu saya tentang pengalamannya solat di atas rumput. Saat itu teringin sangat nak merasainya dan Allah memberikan saya peluang tersebut. Kami mengambil wudhu' menggunakan air laut.







*usrah kami dikendalikan oleh seorang Encik yang juga pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Elektrik kerana ketiadaan orang untuk megendalikannya. Di poli kami pernah ada usaha-usaha untuk membuat usrah tetapi telah terhenti atas sebab-sebab yang susah untuk saya terangkan di sini. Semoga usaha-usaha dakwah seperti ini dapat diteruskan, InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment