Tuesday, 4 October 2011

Kebaikan Mengatasi Kelemahan..


Dah lama saya tidak menulis sesuatu yang datang dari idea sendiri. Ketandusan idea barangkali. Tapi hari ni Alhamdulillah Allah beri ilham untuk saya menulis tentang sesuatu yang berlaku terhadap diri saya sendiri.
Kita selalu merungut tentang seseorang. Itu tak kena lah, ini tak kena lah. Ada sahaja silapnya, dan kita hanya nampak kelemahannya semata-mata. Pernah tak kita tengok kebaikan orang tu tanpa menghiraukan keburukan atau kelemahan orang tu?? Jarang sekali kan.

Caranya mudah sahaja, setiap kali kita nampak kelemahan orang tu, kita cuba ingat atau fikirkan kebaikan orang tu pada kita atau terhadap orang lain. Kita mesti akan jadi lupa akan keburukan orang tu dek kerana kebaikan dia terhadap kita. Kita akan jadi tenang sebab tidak ambil pusing kelemahan orang itu lagi. Kerana sesungguhnya kebaikan itu mengatasi kelemahan orang itu sendiri.

Kalau kita asyik memikir atau pun merungut tentang kelemahan orang itu mesti kita jadi tidak senang hati dan ada yang kadang-kadang menyakitkan hati kita sendiri pula.

Sifirnya sangat mudah:- Kalau ada orang tu ada 99 keburukan, hanya 1 sahaja kebaikan dalam dirinya maka lihat lah 1 kebaikannya itu. Jangan lihat keburukannya sahaja. Kalau kelemahan tersebut memerlukan teguran maka tegurlah dengan cara berhikmah. Tetapi andai dalam diri sendiri ada 99 kebaikan dan 1 sahaja keburukan maka lihat lah keburukan itu dan cubalah memperbaikinya.

*pesanan ini sememangnya untuk diri saya juga.=)

Friday, 30 September 2011

Orang Yang Terasing..



5 Pesan Rasulullah..

Akan datang satu zaman dimana manusia akan cinta kepada 5 perkara dan lupa akan 5 perkara:-

1. Cinta akan harta dan lupa akan penghisaban.
2. Cinta akan dunia dan lupa akan akhirat.
3. Cinta akan melakukan dosa dan lupa akan taubat.
4. Cinta akan makhluk dan lupa akan al-Khaliq.
5. Cinta akan istana dan mahligai dan lupa akan kubur.

Sunday, 18 September 2011

Munajat Malam 1..

"Syaitan mengikat bahu kamu ketika tidur dengan tiga ikatan.  Setiap ikatan tersebut diperkuatkan dengan ungkapan [syaitan], 'Malam masih panjang, tidurlah.'

Jika dia bangun lalu mengingati Allah SWT, satu ikatan akan terlerai.  Jika dia berwuduk, maka satu ikatan lain akan terlerai.  Jika dia mengerjakan solat, semua ikatan akan terlerai.

Akhirnya, dia akan mendajadi segar dengan jiwa yang bersih.  Jika tidak, dia akan bangun dengan jiwa kotor yang diliputi rasa malas." (Sahih al-Bukhari)


Saturday, 10 September 2011

Surah al-Kahf..

Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta dia menurut hawa nafsunya dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran. (28)

Friday, 9 September 2011

Akademi Ramadhan..

Akademi Ramadhan telah lama meninggalkan kita,
berjaya atau tidak dalam akademi tersebut bergantung kepada
istiqamah amalan atau tak di bulan setersnya..

Thursday, 8 September 2011

Mentaliti Yang Sukar Diubah Tentang Tudung Labuh..

Apabila kita telah set fikiran kita tentang sesuatu perkara kita sukar untuk menerimanya jika perkara tersebut berlaku sebaliknya.

Contohnya tentang orang yang bertudung labuh. Selalunya orang akan beranggapan perempuan yang bertudung labuh itu baik. Memang islam menganjurkan umatnya untuk bersangka baik denga orang lain. Namun yang menjadi masalahnya adalah apabila seorang perempuan yang bertudung labuh itu membuat suatu kesalahan maka kesalahan itu dituding atau pun disamakan dengan semua perempuan bertudung labuh yang lain.

Adakah ini adil??

Yang buat nya seorang tapi diletakkan kesalahan tersebut kepada semua perempuan. Tapi mereka lupa bahawa perempuan bertudung labuh juga adalah manusia biasa yang tidak lari dari kesilapan. Kenapa tidak ditgur secara 'direct'? Bukankah itu lebih berkesan.

Harus diingat memang betul ungkapan bukan semua orang yang bertudung labuh itu baik dan bukan semua perempuan yang tidak bertudung ataupun bertudung pendek itu jahat, tetapi sekurang-kurangnya mereka yang bertudung labuh tersebut telah memenuhi suatu tuntutan yang disenangi dan disukai Allah dengan melabuhkan kain tudung mereka seperti yang Allah anjurkan dalam Surah an-Nisa.

Diharapkan sahabat-sahabat dapat membuka minda dan berfikir diluar kotak atau dalam istilah bahasa inggerisnya ialah "think out of the box". Semoga kita dapat meningkatkan amalan kita.

~Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin~