Tuesday 4 October 2011

Kebaikan Mengatasi Kelemahan..


Dah lama saya tidak menulis sesuatu yang datang dari idea sendiri. Ketandusan idea barangkali. Tapi hari ni Alhamdulillah Allah beri ilham untuk saya menulis tentang sesuatu yang berlaku terhadap diri saya sendiri.
Kita selalu merungut tentang seseorang. Itu tak kena lah, ini tak kena lah. Ada sahaja silapnya, dan kita hanya nampak kelemahannya semata-mata. Pernah tak kita tengok kebaikan orang tu tanpa menghiraukan keburukan atau kelemahan orang tu?? Jarang sekali kan.

Caranya mudah sahaja, setiap kali kita nampak kelemahan orang tu, kita cuba ingat atau fikirkan kebaikan orang tu pada kita atau terhadap orang lain. Kita mesti akan jadi lupa akan keburukan orang tu dek kerana kebaikan dia terhadap kita. Kita akan jadi tenang sebab tidak ambil pusing kelemahan orang itu lagi. Kerana sesungguhnya kebaikan itu mengatasi kelemahan orang itu sendiri.

Kalau kita asyik memikir atau pun merungut tentang kelemahan orang itu mesti kita jadi tidak senang hati dan ada yang kadang-kadang menyakitkan hati kita sendiri pula.

Sifirnya sangat mudah:- Kalau ada orang tu ada 99 keburukan, hanya 1 sahaja kebaikan dalam dirinya maka lihat lah 1 kebaikannya itu. Jangan lihat keburukannya sahaja. Kalau kelemahan tersebut memerlukan teguran maka tegurlah dengan cara berhikmah. Tetapi andai dalam diri sendiri ada 99 kebaikan dan 1 sahaja keburukan maka lihat lah keburukan itu dan cubalah memperbaikinya.

*pesanan ini sememangnya untuk diri saya juga.=)

No comments:

Post a Comment