Friday 29 July 2011

Tawakkaltu alallah..

Diam tak diam dah tiga minggu saya mendaftar semester 2 di politeknik. Jadi saya pun mengambil keputusan untuk balik minggu lepas. Kalau ikut kan hati memang tak nak balik sebab kelas saya hari Jumaat berakhir pada pukul 1.15 tengah hari. Almaklumlah semua perempuan jadi tak ada lah nak kejarkan sembahyang jumaat. Dari poli ke terminal bas memakan masa 45 minit. Kami bertolak setelah solat zohor. Saya sampai di rumah tepat pukul 8 malam.

Dah tu hari ahad nak kena patah balik  ke PD semula. Rasa macam tak berbaloi sahaja masa tu. Tapi disebabkan terlalu rindu dengan keluarga di Johor saya gagahkan jua diri untuk pulang. Disebabkan dah nak bulan puasa ni saya pun keluar untuk membeli barangan makanan untuk dijadikan sahur dan beberapa barang keperluan lain.

Bila kemas barang-barang nak di bawa ke PD, dah jadi 3 beg pula termasuk beg laptop. Rasa macam tak mampu nak bawa. Beberapa kali mak dan ipa(ayah) tanya boleh bawa ke ni nak naik bas. Saya cakap boleh, dalam hati hanya bertawakal saja.

Bila sampai sahaja kat terminal bas Seremban, Syikin yang tolong angkat kan satu beg. Terima kasih wahai sahabatku. Tapi Syikin duduk di rumah sewa, siapa nak tolong angkat kan beg-beg ni sehingga ke kolej kediaman? Aras 3 pula tu. Masa tengah jalan menuju ke bilik ni, saya hanya doa Ya ALLAH, Kau berikan lah aku kekuatan untuk bawa beg-beg ni sehingga ke bilik. Masa tu memang kebergantungan hati saya adalah 100% kepada Allah. Memang dah tak fikir lain dah. Tengah jalan menuju ke bilik tu, tetiba ada budak sapa dari belakang. "Kak, berat ke? Nak saya tolong angkat kan?"

Masa tu hanya syukur sahaja yang bisa saya ucapkan, kerana sememangnya memang tak larat nak bawa beg-beg tu. Pada mulanya ingatkan budak tu nak tolong angkatkan satu beg sahaja, tetapi kawan nya pula menolong saya mengangkat beg yang satu lagi. Lagi lah syukur saya rasa. Bukan itu sahaja, budak-budak tu siap hantar beg-beg saya tu sehingga di hadapan bilik. Mula-mula saya menolak kerana rasa seperti menyusahkan mereka untuk naik sehingga aras 3, tetapi mereka bersungguh-sungguh.

Hanya ucapan terima kasih dan hanya ALLAH yang akan membalas jasa yang boleh saya ucapkan kepada mereka. Semoga ALLAH memudahkan segala urusan mereka, amin.

No comments:

Post a Comment