Thursday, 18 October 2012

7 Amalan Yang Memberi Cahaya Didalam Kubur..

1. Ikhlas dalam beribadat kepada Allah s.w.t.

2. Berbakti kepada kedua orang tua

3. Menghubungkan silaturrahim

4. Tidak mensia-siakan umur untuk melakukan maksiat terhadap Allah s.w.t.

5. Tidak menuruti kehendak hawa nafsu

6. Bersungguh-sungguh mentaati Allah s.w.t.

7. Memperbanyakkan zikir kepada Allah s.w.t.

Monday, 15 October 2012

Umpama..

HATI itu umpama kaca, jangan biarkan ia PECAH,

AKAL itu umpama air, jangan biarkan ia KERING,

IMAN itu umpama debu, jangan biarkan ia HILANG,

PERSAHABATAN itu umpama tali, jangan biarkan ia PUTUS..

Thursday, 11 October 2012

Buatlah Walaupun Terpaksa..

"Bertudunglah walaupun TERPAKSA.
Solatlah walaupun TERPAKSA.
Puasalah walaupun TERPAKSA.

Kerana kewajipan itu memang kadangkala sifatnya TERPAKSA..

Dari keterpaksaan itu, perlahan-perlahan kita akan menemukan hikmah dan akhirnya hati kita menjadi IKHLAS keranaNya.

Kalau nak tunggu ikhlas, SA nak tunggu baru nak beribadah.

HIDAYAH perlu dicari, bukan diTUNGGU..

~macam makanan kalau tak disuap, ia tak akan masuk ke mulut~

..::~USTAZ AZHAR IDRUS~::..

Tuesday, 9 October 2012

Antara Tanda-Tanda Iman Semakin Lemah..

1. Melakukan dosa tetapi tidak berasa bersalah

2. Merasa susah untuk bangun bagi mengerjakan solat subuh

3. Tiada rasa khusyuk didalam solat

4. Asyik merungut dengan ketentuan takdir

5. Tidak bersabar apabila menerima ujian

6. Sentiasa sibuk dengan urusan dunia sahaja

7. Meninggalkan al-Quran tanpa dibaca

8. Tidak endah apabila melihat manusia melakukan maksiat hatta diri sendiri melakukannya

9. Tidak berasa bersalah apabila diri sendiri melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran islam

10. Tidak merasa apa-apa pun apabila mendengar ayat suci al-Quran

11. Menyuruh orang berbuat baik tetapi diri sendiri tidak mempraktikkannya

12. Berasa senang atau gembira ketika ada sesuatu perkara yang buruk atau tiada kemajuan terjadi kepada orang lain

13. Hanya peduli yang haram dan haram sahaja, makruh tidak diambil kisah

14. Mentertawakan orang yang melakukan kebaikan yang kecil misal kata membersihkan masjid

15. Tidak peduli akan keadaan umat islam

16. Tidak berasa tanggungjawab untuk ikut kemajuan agama islam

17. Menyukai berdebat walaupun tiada bukti

18. Menjadi lalai dan obses pada diri sendiri

mari mengaudit diri!!

Sunday, 30 September 2012

Apabila Belum Jatuh Hati Dengan Tuhan..

Kalau engkau belum jatuh hati dengan Tuhan
Lebih-lebih lagi Tuhan belum engkau cintai
Bagaimanalah engkau sembah Tuhan
Sudah tentu engkau tidak merasa lezat
Manalah engkau hendak rasa indah beribadah
Mana boleh dapat melepaskan rasa rindu dengan Tuhan?


Begitulah juga jika engkau belum rasa takut dengan Tuhan
Tidak mungkin di waktu engkau menyembah-Nya
Dapat lahir rasa kehambaan
Rasa hebat, rasa malu, rasa hina, dan merendah diri

Jika engkau sembah juga Allah Taala
Sudah tentu secara terpaksa
Secara terpaksa sudah tentu menyeksakan
Secara terpaksa sudah tentu menjemukan

Di waktu-waktu atau di masa-masa sibuk atau susah
Sudah tentu engkau tinggalkan
Kerana itu mengenal Tuhan itu penting
Agar kita takut dan cinta

Kita rasa Dia Penyelamat, Pelindung, Pemberi Rezeki
Kita sangat terasa Dia Tuhan sangat mencintai kita
Di waktu itu baru kita rasa rindu pada Tuhan
Kita menyembah-Nya sudah tentu kita rasa asyik

Kita dapat mengadu dan bermanja-manja dengan Tuhan
Dapat meluahkan perasaan yang terbuku
Dapat meluahkan rasa rindu dendam
Dengan itu kita dapat menerima harapan dengan Tuhan
Hati kita puas, jiwa kita tenang
Di antara rasa khauf dan raja’ seimbang


Read more: http://cahayamukmin.blogspot.com/2012/09/apabila-belum-jatuh-hati-dengan-tuhan.html#ixzz280iF7Mq3

Tuesday, 25 September 2012

Di Jalan Dakwah Ini..

Artikel ini saya temui di laman web iluvislam. Masha Allah, perkara yang diperkatakan adalah perkara-perkara yang biasa sangat berlaku semasa berada di jalan dakwah. Sememangnya jalan ini bukan lah mudah.
Sungguh artikel ini sangat membina.

Boleh baca di link berikut....

http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/4965-di-jalan-dakwah-ini.html