Tuesday, 25 September 2012

Bergetar Hati..

"Umatku akan sentiasa baik selagi belum lahir anak zina dikalangan mereka. Jika anak zina sudah tersebar dikalangan mereka, maka aku bimbang Allah akan menimpakan azabnya keatas mereka.
~HR Imam Ahmad~

Bergetar hati saat membaca hadith ini..

Tidak takutkah kita akan berlakunya apa yang disabdakan Rasulullah s.a.w.?

Sama-sama lah kita ingat mengingatkan..

Dr. Zakir Naik..


Jom tambah ilmu!!

Masuk percuma..

Ni link untuk mendapatkan tiket percuma.. http://muzir.wordpress.com/2012/08/27/dr-zakir-naik-di-malaysia-pendaftaran-kini-dibuka/


Sunday, 23 September 2012

7 Golongan Lelaki Yang Dinaungi ALLAH..

~ Imam yang adil

~ Pemuda yang selalu beribadat kepada ALLAH

~ Lelaki yang meningat ALLAH di tempat yang sunyi lalu bercucuran air matanya

~ Lelaki yang hatinya terpaut dengan masjid

~ Dua orang lelaki yang saling kasih mengasihi kerana ALLAH, mereka berkumpul kerana ALLAH dan berpisah keranaNya

~ Lelaki yang diajak berbuat jahat oleh seorang wanita lalu dia berkata, sesungguhnya aku takut kepada ALLAH

~ Lelaki yang memberikan suatu sedekah dia menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan kanannya

Sesiapa yang tidak suka bertemu dengan ALLAH, maka ALLAH pun tidak suka bertemu dengannya. (HR Bukhari dan Muslim)

Friday, 21 September 2012

Muwasofat Tarbiyyah..



Wajib ke atas setiap muslim memulakan dengan
memperbaiki dirinya, kesempurnaan itu dapat dilihat
bila ia telah dapat memiliki beberapa perkara yang
meletakkan ia di peringkat tertentu yang menjadikan
ia mampu untuk memikul tanggungjawab amal islami.
~As-Syahid Imam Hassan al-Banna~

Carilah Hatimu di Tiga Tempat..

Temui hatimu ketika bangun membaca AL-QURAN..
Tetapi jika tidak engkau temui,

Carilah hatimu ketika mengerjakan SOLAT..
Tetapi jika tidak engaku temui,

Kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati..
Jika kau tidak temui juga,

maka berdoalah kepada Allah pinta hati yang baru,
kerana hakikatnya pada ketika itu 
Kau tidak mempunyai hati!!

~Imam al-Ghazali~

Monday, 10 September 2012

Perjuangan..

"Perjuangan dirancang oleh ulama,
diperjuangkan oleh orang yang ikhlas,
dimenangkan oleh para pemberani,
dan dipetik hasilnya oleh orang-orang yang pengecut."

~HUKAMA~

Saturday, 9 June 2012

Pejuang Agama..

Orang-orang yang mempelajari penyakit-penyakit hati akan menyedari
bahawa bahaya yang sering dihadapi oleh orang berjuang ialah perasaan 
ingin terkenal, lupa diri dan cinta harta dan jawatan. 

Inilah sebabnya dari 
pagi Rasulullah telah mengingatkan supaya waspada, kalau-kalau kita
dihinggapi penyakit cinta pangkat, gila harta dan terjerumus kedalam
 syirik yang tersembunyi iaitu riya.

Makna-makna ini sangat ditekankan dalam pendidikan Ikhwanul Muslimin,
dijaga benar-benar agar setiap anggotanya tidak dihinggapi penyakit
gila populariti. 

Pendidikan Ikhwan telah berjaya menghasilkan pejuang 
yang sukar dikalahkan yang kemudiannya menjadi pahlawan yang 
tidak dikenali, seperti yang disebutkan oleh satu hadith Nabi SAW
yang diriwayatkan oleh Tirmizi : Merekalah umat yang baik
dan bertaqwa, walaupun tidak dikenali. Walaupun mereka 
tiada, mereka tidak dilupakan. Apabila mereka hadir 
mereka tidak dikenali orang.

~ Prof. Dr. Yusuf Qardhawi : Sistem Pendidikan Ikhwanul Muslimin~