Monday, 10 September 2012

Perjuangan..

"Perjuangan dirancang oleh ulama,
diperjuangkan oleh orang yang ikhlas,
dimenangkan oleh para pemberani,
dan dipetik hasilnya oleh orang-orang yang pengecut."

~HUKAMA~

Saturday, 9 June 2012

Pejuang Agama..

Orang-orang yang mempelajari penyakit-penyakit hati akan menyedari
bahawa bahaya yang sering dihadapi oleh orang berjuang ialah perasaan 
ingin terkenal, lupa diri dan cinta harta dan jawatan. 

Inilah sebabnya dari 
pagi Rasulullah telah mengingatkan supaya waspada, kalau-kalau kita
dihinggapi penyakit cinta pangkat, gila harta dan terjerumus kedalam
 syirik yang tersembunyi iaitu riya.

Makna-makna ini sangat ditekankan dalam pendidikan Ikhwanul Muslimin,
dijaga benar-benar agar setiap anggotanya tidak dihinggapi penyakit
gila populariti. 

Pendidikan Ikhwan telah berjaya menghasilkan pejuang 
yang sukar dikalahkan yang kemudiannya menjadi pahlawan yang 
tidak dikenali, seperti yang disebutkan oleh satu hadith Nabi SAW
yang diriwayatkan oleh Tirmizi : Merekalah umat yang baik
dan bertaqwa, walaupun tidak dikenali. Walaupun mereka 
tiada, mereka tidak dilupakan. Apabila mereka hadir 
mereka tidak dikenali orang.

~ Prof. Dr. Yusuf Qardhawi : Sistem Pendidikan Ikhwanul Muslimin~

Tuesday, 15 May 2012

Rasa..




Hari ini bila anda pakai tudung untuk kemana-mana apa yang anda rasa semasa memakainya?

Rasa sedang menutup aurat atau tak rasa apa-apa?

Hari ini ramai orang pakai tudung kerana trend, kerana pada hakikatnya tidak faham apa itu tudung yang sebenarnya.

Tudung mempunyai nilai yang sangat tinggi dalam islam.

Tetapi hari ini manusia menjadikan tudung sehingga tiada nilainya langsung apabila:-

1. Memakai tudung tapi baju berlengan pendek.
2. Memakai tudung tapi pakai jeans ketat.
3. Memakai tudung tapi jarang.
4. Memakai tudung tapi bersolek tebal.
5. Memakai tudung tetapi berlegging.

Adakah ini nilai tudung bagi kita??

Fikir-fikirkanlah kenapa kita memakai tudung.

Bukan juga bermaksud kalau pakai tudung mesti kena labuh tetapi memadailah dengan melabuhkannya sehingga ke paras dada.

~Tutup lah aurat anda sebelum aurat anda ditutupkan oleh kain putih~

kan lebih elok begini??

Saturday, 3 March 2012

Risau Berakhir Apabila Iman Bermula..



Jangan sedih dengan apa yang anda lihat,
dengan semua pembohongan dan pengkhianatan,
Kehidupan adalah kejam tetapi jangan risau,
Di dalam hati anda terletak kunci,
Untuk berehat semua rahsia.

Hidup ini ialah...
Apabila anda berasa anda telah kehilangan semuanya,
Apabila anda tidak tahu siapa kawan atau musuh anda,
Anda tertanya-tanya mengapa anda berseorangan,
Risau akan berakhir apabila iman bermula..

Jangan sedih dengan apa yang anda lihat,
Hidup benar ia mempunyai kesengsaraan,
Tetapi satu perkara yang berguna untuk saya,
iaitu risau berakhir apabila iman bermula..

Jangan bersedih dengan apa yang anda lihat,
Saya tahu hidup boleh menjadi gila,
Satu pameran dengan kemunafikan,
Dalam bentuk ketakwaan,
Ia hanya satu misteri besar,
Untuk anda dan saya..

Saya mendapati ketenangan saya jauh di dalam,
memanggil di dalam,
Ikutlah apa yang engkau rasa yang tepat,
Oleh itu, percayalah hati anda dan teruskan..

Jangan lupa..
Menurut suara yang jauh di dalam,
Apabila anda berasa anda telah kehilangan semuanya,
Apabila anda tidak tahu siapa kawan atau musuh anda,
Anda tertanya-tanya mengapa anda keseorangan,
Risau berakhir apabila iman bermula..

Jangan sedih dengan apa yang anda lihat,
Hidup benar ia mempunyai kesengsaraan,
Tetapi satu perkara yang sentiasa berguna untuk saya,
Risau berakhir apabila iman bermula..

Jika anda lemah, ia bukan satu jenayah,
Tidakkah anda tahu ianya adalah berkat dalam samaran,
Untuk mengetahui yang jujur ​​dan yang pendusta..

Risau berakhir apabila iman bermula,
Jangan sedih dengan apa yang anda lihat,
Hidup benar ia mempunyai kesengsaraan,
Tetapi satu perkara yang sentiasa berguna untuk saya,
Risau berakhir apabila iman bermula..

..:~dipetik dari lagu "WORRY ENDS" nyanyian SAMI YUSUF~::..

Monday, 13 February 2012

Zina dan Riba..

"Apabila zina dan riba telah bermaharajalela di sesuatu negeri, maka rakyat dinegara itu sama sahaja telah menghalalkan dirinya untuk menerima azab dari Allah" hadith riwayat at-thibrani, al-hakim dan ibnu abbas

moga akan muncul lebih ramai lagi Umar...~amin~

Friday, 13 January 2012

Cerminan..


Seorang wanita solehah itu tunduk sopan dari lelaki bukan muhrim,
Tidak lunak dalam bicara selain buat zauh tercinta,
Segan berkongsi cerita selain yang halal baginya,
kerana percayalah bagaimana kamu menjaga dirimu dengan ikhwan sekarang
cerminan bagaimana suamimu menjaga dirinya daripada akhawat juga.
Jangan biarkan syaitan menjadikan indah persahabatan dengan lelaki di matamu.
Ayuh perbaiki diri selagi nyawa dikandung badan,
dan selagi pintu syurga masih terbuka....