Monday, 25 March 2013

Ibrah dari kisah Nabi Yusuf a.s..


Saya suka kalau baca al-Quran dengan membaca maknanya sekali, jika tidak rasa macam tidak sempurna pembacaan kalam Allah itu. Saya tidaklah pandai tadabbur tetapi apa yang saya rasa tentang surah Yusuf adalah sangat berbeza dibandingkan dengan surah-surah yang lain. Tak tahu macam mana nak digambarkan dengan tulisan. Cubalah baru tahu apa yang saya rasa.

Hari ini berpeluang untuk mendengar kisah nabi yusuf a.s di IKIM f.m. Bagaimana akhlak Nabi Yusuf yang sangat terpuji membuatkan Zulaikha yang pada awalnya pernah menfitnah Nabi Yusuf akhirnya membuatkan Zulaikha insaf dan bertaubat serta beriman kepada Allah.

Ustaz bercerita Nabi Yusuf duduk didalam penjara dengan kesalahan yang tidak pernah dibuat oleh baginda. Dan hampir 10 tahun Nabi Yusuf duduk didalam penjara asbab fitnah Zulaikha kepadanya.

"Keluarlah di hadapan mereka". Maka ketika mereka melihatnya, mereka tercengang melihat kecantikan parasnya, dan mereka dengan tidak sedar melukakan tangan mereka sambil berkata: "Jauhnya Allah dari kekurangan! Ini bukanlah seorang manusia, ini tidak lain melainkan malaikat yang mulia!" (Surah Yusuf :31)

.....  Yusuf berkata kepadanya: Kembalilah kepada tuanmu kemudian bertanyalah kepadanya: "Apa halnya perempuan-perempuan yang melukakan tangan mereka? Sesungguhnya Tuhanku Maha Mengetahui tipu daya mereka". (Surah Yusuf :50)

Dan apabila raja ingin mengampunkan Nabi Yusuf dan mengambil baginda menjadi penasihat raja, Nabi Yusuf tidak segera menerima malahan bertanyakan tentang wanita-wanita yang terpotong tangannya. Hebatnya akhlak Nabi Yusuf kerana tidak menggelar wanita-wanita tersebut yang termasuk juga Zulaikha sebagai wanita penggoda, walaupun sebenarnya Nabi Yusuf ingin bertanya tentang Zulaikha. Masha Allah, hebat sungguh akhlak seorang nabi.

Kalau dibandingkan dengan kita yang suka menggelarkan orang itu dan ini sesuka hati kita. Kita tak pernah pun terfikir tentang perasaan orang lain. Berapa ramai agaknya yang pernah terluka dengan akhlak kita. Jangan sampai agama yang suci ini terfitnah asbab perbuatan penganutnya sendiri. Moga akhlak kita membuatkan orang lain semakin dekat dengan islam.

Sunday, 24 February 2013

Ya el Medan..



Wahai...wahai Medan (Tahrir),
Dimana kau selama ini?
Bersamamu kami bernyanyi, bersamamu kami berlayar,
Kami bertempur, biar kadang ketakutan dan kami berdoa,
Semua bersatu siang dan malam, 
Bersamamu, tiada apa yang mustahil,
Suara kebebasan menyatukan kita,
Akhirnya hidup kita membawa erti,
Mengundur tidak, kerna suara kita didengari,
Mimpi tidak lagi terhalang.

Wahai...wahai Medan,
Dimana kau selama ini??
Kau telah runtuhakan tembok itu dan salurkan cahaya,
Kau telah satukan kami dari perpecahan,
Kami bagai dilahirkan semula,
Mimpi mula menjadi kenyataan,
Kami tolak atas niat yang baik,
Kerna ianya seolah tidak jelas,
Kami akan lindungin negara dan anak-anak kami,
Kami akan lindungi hak saudara kami yang telah pergi,

Wahai...wahai Medan,
Dimana kau selama ini?
Bersamamu kami rasai dan mulakan,
Selepas sekian lama, kini tiba di penghujungnya,
Kita perlu mengubah nasih kita sendiri,
Kau telah banyak berjasa, serahkan kepada kami selebihnya,
Kadang-kadang aku bimbang kau hilang sekadar kenangan,
Dimana, kau berjauhan dari kami dan idea berlalu pergi,
Dan kita kembali sedia kala, dan lupa akan segalanya,
Dan kita bercerita sekadar sebuah kisah dongeng.

Wahai...wahai Medan,
Diman kau selama ini??
Kini Medan dipenuhi oleh bermacam jenis manusia,
Ada yang gopoh, dan ada yang berani,
Dan ada yang semangatnya waja, dan juga berkenderaan,
Ada yang lantang, dan ada yang diam seribu bahasa,
Kita bersatu, dan rehat bersama-sama,
Kini kita tahu bagaimana mendapatkan hak kita,
Biarkan saja dunia mendengar keluahan kita,
Biarkan saudara kita yang lain turut bersatu hati.

Wahai...wahai Medan,
Diman kau selama ini??
Perancangan adalah kekuatan kita,
Persepaduan adalah senjata kita,
Medan memberitahu tentang kebenaran,
Ia selalu katakan tidak kepada penindas,
Medan ibarat satu gelombang,
Ada yang bermain keranya, dan ada yang merana kerananya,
Mereka yang diluar gelombang menamakan ia kekecohan,
Segala yang kami lakukan, kini tercatat,

Wahai...wahai Medan,
Dimana kau selama ini??

Wednesday, 16 January 2013

Hadis 2..

Rasulullah mengajarkan kepada kita berlemah lembutlah kamu terhadap orang jahil, maafkan orang yang menzalimi kamu, hulurkan pemberian kepada kepada orang yang menahan pemberiannya kepada mu, dan sambungkan silaturrahim terhadap orang yang memutuskannya terhadap kamu. 
~HR al-Thabrani~

Hadis 1..

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Sesungguhnya agama ini mudah. Tidaklah seseorang berlebih-lebihan dalam urusan agama kecuali dia sendiri yang akan merasai kesusahannya. Tepatilah kebenaran atau apa-apa yang hampir dengannya, berilah khabar gembira dan gunakan waktu pagi dan petang serta malam untuk memudahkan perjalananmu". 
~HR Al-Bukhari~

Friday, 23 November 2012

Petua Imam Syafie..

Nama : Muhammad Bin Idris Al-Syafie
Dilahirkan pada 150 Hijrah di sebuah bandar yang bernama Ghizah di Palestin..

4 Perkara menajamkan fikiran
~ Bercakap dengan orang soleh
~ Tidak banyak berbual kosong
~ Bergaul dengan para ulama
~ Rajin bersugi (gosok gigi)

4 Perkara menajamkan mata
~ Duduk menghadap kiblat
~ Bercelak sebelum tidur
~ Memandang yang hijau
~ Berpakaian bersih

4 Perkara menguatkan badan
~ Berpakaian dari kapas
~ Memakai haruman
~ Makan daging
~ Kerap mandi

4 Perkara merosakkan mata
~ Melihat orang dibunuh
~ Membelakangi kiblat
~ Memandang najis
~ Melihat kemaluan

4 Perkara perkara melemahkan badan
~ Banyak minum ketika makan
~ Banyak makan bahan masam
~ Banyak bersetubuh
~ Selalu cemas

Tuesday, 20 November 2012

Syair Di Hati Seorang Bapa..

Ketika engakau lahir aku memberikanmu makan,
Hingga engkatu tumbuh dewasa,
Aku selalu menjagamu,
Engkau diberi minum dari jerih payahku.

Jika malam hari engkau ditimpa sakit,
Maka sepanjang malam aku tidak tidur,
Berjaga memikirkan penyakitmu,
Hingga tubuhku tidak bermaya kerana mengantuk.

Seakan-akan aku yang sakit bukan kau,
Air mataku pun mengalir deras,
Dan jiwaku bimbang kau akan mati,
Padalal dia tahu ajal akan tiba sesuai masanya.

Saat engkau mencapai dunia dewasa,
Saat dimana aku mengharapkan dirimu,
Kau balas diriku dengan kekejaman dan kekerasan.

Seakan-akan engkau pemberi nikmat dan dermawan,
Andai saja ketika tidak dapat kau penuhi hatiku sebagai ayah,
Kau perlakukan aku sebagai tetangga yang hidup berdampingan.

~dipetik dari majalah IMAN~


Pesanan Buat Pemuda..

Wahai anak-anakku..

telah tiba saatnya kalian kembali kepada Allah dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh dari kehidupan kalian.

~ As-syahid Sheikh Ahmad Yassin ~