Wednesday, 12 October 2011

10 Faedah Lapar..

1. Membersihkan hati dan menajamkan batin..

2. Melembutkan hati dan merasakan kalazatan berzikir..

3. Meluluhkan dan merendahkan hati, menghilangkan kesombongan dan keliaran jiwa..

4. Mengingatkan kita kepada ujian dan azab Allah..

5. Mematikan keinginan untuk membuat maksiat dan menguasai nafsu kejahatan..

6. Menguragi tidur dan membiasakan jaga..

7. Memudahkan menjalankan ibadah..

8. Menyihatkan tubuh dan menolak penyakit..

9. Mengurangi penyakit banyak makan..

10. Harta dapat membantu kaum lemah..

"al-Ghazali"

Saturday, 8 October 2011

Iman..

Keimanan bagaikan roda..
Tatkala ianya di atas, diri bagaikan hampir dengan Allah..
Tapi apabila dibawah hidup bagaikan hilang arah..
Hati akan terasa gundah..
Dorongan teman berlandaskan ukhwah semangat kehidupan mendatang,
dilalui dengan tabah..
Keimana di hati akan lebih gagah..




Langkah..

Memulakan langkah memang perit..

Biarpun tiada yang membantu, usahlah bersedih, sesungguhnya inilah jalan para anbiya..

Senyum lah biarpun mengalir darah didahimu,

Kerana sesungguhnya Allah sentiasa disisi mu dan Rasulullah sentiasa merindui dirimu..


Perjalanan..


Dalam jauh sebuah perjalanan, Allah amanahkan sebuah perjuangan, terima lah dengan kekuatan.

Kadang teman tak sehaluan..

Kadang cemerlang gagal dicapai..

Namun itu lah ujian..

Letakkan harapanmu pada Penciptamu dan bukan pada penciptaanNya..

Senyumlah demi islam dan perjuangan ini..

Qalbu..

"Kerinduan bertemu Allah SWT adalah angin semilir yang menerpa Qalbu, membuatnya sejuk dengan menjauhi gemerlapnya dunia..

Sesiapapun yang menempatkan Qalbunya disisi Rabb-nya ia akan merasa tenang dan tenteram..

Dan sesiapapun yang melepaskan Qalbunya di antara manusia, ia akan semakin gundah gulana"
(al-Fawaid)

Friday, 7 October 2011

Lihat Di Sebaliknya..


"Setiap penciptaan …hayatilah Penciptanya. InsyaAllah anda akan nikmati indahnya hidup ini, penuh makna dan bahagia.

“Apabila engkau melakukan dosa, janganlah engkau memandang kecilnya tetapi lihatlah siapa kepada siapa engkau telah berbuat maksiat.

“Apabila engkau diberikan rezeki walaupun sedikit, jangan lihat jumlahnya tetapi lihatlah siapa yang memberinya…”

“Petikan maksud hadis Qudsi dari Buku Nasihat dan Bimbingan Hadis-Hadis Qudsi karya al-Imam Ghazali..”

Tuesday, 4 October 2011

Kebaikan Mengatasi Kelemahan..


Dah lama saya tidak menulis sesuatu yang datang dari idea sendiri. Ketandusan idea barangkali. Tapi hari ni Alhamdulillah Allah beri ilham untuk saya menulis tentang sesuatu yang berlaku terhadap diri saya sendiri.
Kita selalu merungut tentang seseorang. Itu tak kena lah, ini tak kena lah. Ada sahaja silapnya, dan kita hanya nampak kelemahannya semata-mata. Pernah tak kita tengok kebaikan orang tu tanpa menghiraukan keburukan atau kelemahan orang tu?? Jarang sekali kan.

Caranya mudah sahaja, setiap kali kita nampak kelemahan orang tu, kita cuba ingat atau fikirkan kebaikan orang tu pada kita atau terhadap orang lain. Kita mesti akan jadi lupa akan keburukan orang tu dek kerana kebaikan dia terhadap kita. Kita akan jadi tenang sebab tidak ambil pusing kelemahan orang itu lagi. Kerana sesungguhnya kebaikan itu mengatasi kelemahan orang itu sendiri.

Kalau kita asyik memikir atau pun merungut tentang kelemahan orang itu mesti kita jadi tidak senang hati dan ada yang kadang-kadang menyakitkan hati kita sendiri pula.

Sifirnya sangat mudah:- Kalau ada orang tu ada 99 keburukan, hanya 1 sahaja kebaikan dalam dirinya maka lihat lah 1 kebaikannya itu. Jangan lihat keburukannya sahaja. Kalau kelemahan tersebut memerlukan teguran maka tegurlah dengan cara berhikmah. Tetapi andai dalam diri sendiri ada 99 kebaikan dan 1 sahaja keburukan maka lihat lah keburukan itu dan cubalah memperbaikinya.

*pesanan ini sememangnya untuk diri saya juga.=)