Dah lama saya tidak menulis sesuatu yang datang dari idea
sendiri. Ketandusan idea barangkali. Tapi hari ni Alhamdulillah Allah beri
ilham untuk saya menulis tentang sesuatu yang berlaku terhadap diri saya
sendiri.
Kita selalu merungut tentang seseorang. Itu tak kena lah,
ini tak kena lah. Ada sahaja silapnya, dan kita hanya nampak kelemahannya
semata-mata. Pernah tak kita tengok kebaikan orang tu tanpa menghiraukan
keburukan atau kelemahan orang tu?? Jarang sekali kan.
Caranya mudah sahaja, setiap kali kita nampak kelemahan
orang tu, kita cuba ingat atau fikirkan kebaikan orang tu pada kita atau
terhadap orang lain. Kita mesti akan jadi lupa akan keburukan orang tu dek
kerana kebaikan dia terhadap kita. Kita akan jadi tenang sebab tidak ambil
pusing kelemahan orang itu lagi. Kerana sesungguhnya kebaikan itu mengatasi
kelemahan orang itu sendiri.
Kalau kita asyik memikir atau pun merungut tentang kelemahan
orang itu mesti kita jadi tidak senang hati dan ada yang kadang-kadang
menyakitkan hati kita sendiri pula.
Sifirnya sangat mudah:- Kalau ada orang tu ada 99 keburukan,
hanya 1 sahaja kebaikan dalam dirinya maka lihat lah 1 kebaikannya itu. Jangan lihat keburukannya
sahaja. Kalau kelemahan tersebut memerlukan teguran maka tegurlah dengan cara
berhikmah. Tetapi andai dalam diri sendiri ada 99 kebaikan dan 1 sahaja
keburukan maka lihat lah keburukan itu dan cubalah memperbaikinya.
*pesanan ini sememangnya untuk diri saya juga.=)
No comments:
Post a Comment