"Pada awalnya Islam itu asing dan Islam akan kembali asing sebagaimana pada awalnya. Sungguh beruntunglah orang-orang yang asing.”
(HR Muslim no 389 dari Abu Hurairah)
“Pernah baca novel
Hlovate?”,Tanya Nik Nurul Ain kepada saya.
Novel?? Sejak bila pula Nik yang saya kenal ni minat dengan
novel? Kami sewaktu disekolah dulu memang sekepala kalau bercerita bab bola
sepak. Walaupun saya perempuan ianya tidak membantutkan kesukaan saya terhadap
sukan yang satu itu.
Berbalik kepada cerita novel tadi. Kata Nik novel-novel
Hlovate stylo dan islamik. Bila dengar islamik plus dengan stylo timbul rasa pula nak
baca. Kebetulan teman sebilik saya memang peminat Hlovate dan dia pun sedang
mengumpul novel-novel karangan Hlovate. Saya pun apa lagi cuba-cuba lah untuk
baca. Nik kata baca 5 Tahun 5 Bulan.
Dan saya berjaya menghabiskan novel tersebut dalam masa 3
hari. Tak boleh baca terus sebab kena study juga kan. Dan saya temui satu
kelainan dengan novel karya Hlovate ni. Memanglah tak boleh dibandingkan dengan
novel-novel karangan Habiburrahman al-Syirazi atau Ubaidillah A. Alias. Tapi novel
ni memang ada nilainya yang tersendiri.
Dulu masa zaman sekolah saya seorang peminat novel cintan
cintun. Banyak juga novel yang sempat dibaca masa zaman “jahil” tu. Sampai akhirnya
saya rasakan betapa banyak masa yang telah saya buang semata-mata untuk melayan
perasaan yang entah apa-apa tu. Dan minat saya terhadap buku telah bertukar
dari membaca novel semata-mata kepada buku-buku ilmiah sekarang ini. Tapi syukurlah
saya tak pernah pun beli novel-novel tu, semuanya pinjam dari Yaya. Yaya tu
sahabat dari kecil lagi, dah macam watak dalam 5 Tahun 5 Bulan lah pula. Hehe.
Apa yang paling terkesan sekali tentang novel Hlovate ni
ialah dia tidak mengajak saya mengelamun atau pun rasa terawang-awangan melayan
perasaan. Itu yang membuatkan saya jatuh hati tu. Pernah adik saya menyuarakan
pendapat untuk membeli novel Ombak Rindu selepas melihat meletupnya filem tu di
pasaran. Dan saya dengan tegas melarang sebab tak nak adik saya pun berangan melayani
perasaan. Untuk mengelakkan dia beli novel Ombak Rindu tu saya pun gantikan
keinginannya dengan novel Mengintai Cinta Khalifah oleh Ustaz Ubaidillah A.
Alias. Biar terisi dengan pengisian untuk memahami erti “Khalifah”.
Dalam 5 Tahun 5 Bulan juga saya belajar
bagaimana seseorang itu boleh menjadi matang dalam proses umur yang semakin
meningkat dari tahun ke tahun. Dari seorang remaja bertukar menjadi wanita yang
matang, seorang isteri, seorang ibu dan seorang doktor. Terima kasih Nik Nurul Ain yang jauh berada di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah. Miss you so much, hampir 3 tahun tidak bertemu. Ukhuwwah fillah, May Allah bless.
My first impression after watching this video is subhanallah, beautiful..
Rahman,
O Rahman
Aid me, O merciful
Fill my heart (with love) of Quran
Open my chest ti the Quran
and pour the Quran down in my life
For Allah
my desire for Allah is passionate
So I can learn the book of Quran
to start with Bismillah
for it closure (Quran) and his approval
O nur (The Light), O nur (The Light)
O Quran, (you) descended to the graduate
Unto Muhammad SAW, by jibreel
guided by the lord of the throne
For man, and all that exist
Takbir..., Takbir
Allah is the greatest
For the one, While young, Who has learned the Quran
the eyes illuminate with serenity and content
bearing the light of the dawn, shining
and the universe enriched with the recitation
Allah Allah
O, Allah, gather us together
by your book, and make it a benefit for us
make it our fortress
our tranquility, and our eternal guide
Saya suka kalau baca al-Quran dengan membaca maknanya
sekali, jika tidak rasa macam tidak sempurna pembacaan kalam Allah itu. Saya
tidaklah pandai tadabbur tetapi apa yang saya rasa tentang surah Yusuf adalah
sangat berbeza dibandingkan dengan surah-surah yang lain. Tak tahu macam mana
nak digambarkan dengan tulisan. Cubalah baru tahu apa yang saya rasa.
Hari ini berpeluang untuk mendengar kisah nabi yusuf a.s di
IKIM f.m. Bagaimana akhlak Nabi Yusuf yang sangat terpuji membuatkan Zulaikha
yang pada awalnya pernah menfitnah Nabi Yusuf akhirnya membuatkan Zulaikha
insaf dan bertaubat serta beriman kepada Allah.
Ustaz bercerita Nabi Yusuf duduk didalam penjara dengan
kesalahan yang tidak pernah dibuat oleh baginda. Dan hampir 10 tahun Nabi Yusuf
duduk didalam penjara asbab fitnah Zulaikha kepadanya.
"Keluarlah di hadapan mereka". Maka ketika mereka
melihatnya, mereka tercengang melihat kecantikan parasnya, dan mereka dengan
tidak sedar melukakan tangan mereka sambil berkata: "Jauhnya Allah dari
kekurangan! Ini bukanlah seorang manusia, ini tidak lain melainkan malaikat
yang mulia!" (Surah Yusuf :31)
..... Yusuf berkata kepadanya: Kembalilah kepada
tuanmu kemudian bertanyalah kepadanya: "Apa halnya perempuan-perempuan
yang melukakan tangan mereka? Sesungguhnya Tuhanku Maha Mengetahui tipu daya
mereka". (Surah Yusuf :50)
Dan apabila raja ingin mengampunkan Nabi Yusuf dan mengambil
baginda menjadi penasihat raja, Nabi Yusuf tidak segera menerima malahan
bertanyakan tentang wanita-wanita yang terpotong tangannya. Hebatnya akhlak
Nabi Yusuf kerana tidak menggelar wanita-wanita tersebut yang termasuk juga
Zulaikha sebagai wanita penggoda, walaupun sebenarnya Nabi Yusuf ingin bertanya
tentang Zulaikha. Masha Allah, hebat sungguh akhlak seorang nabi.
Kalau dibandingkan dengan kita yang suka menggelarkan orang
itu dan ini sesuka hati kita. Kita tak pernah pun terfikir tentang perasaan
orang lain. Berapa ramai agaknya yang pernah terluka dengan akhlak kita. Jangan
sampai agama yang suci ini terfitnah asbab perbuatan penganutnya sendiri. Moga
akhlak kita membuatkan orang lain semakin dekat dengan islam.
Kami bertempur, biar kadang ketakutan dan kami berdoa,
Semua bersatu siang dan malam,
Bersamamu, tiada apa yang mustahil,
Suara kebebasan menyatukan kita,
Akhirnya hidup kita membawa erti,
Mengundur tidak, kerna suara kita didengari,
Mimpi tidak lagi terhalang.
Wahai...wahai Medan,
Dimana kau selama ini??
Kau telah runtuhakan tembok itu dan salurkan cahaya,
Kau telah satukan kami dari perpecahan,
Kami bagai dilahirkan semula,
Mimpi mula menjadi kenyataan,
Kami tolak atas niat yang baik,
Kerna ianya seolah tidak jelas,
Kami akan lindungin negara dan anak-anak kami,
Kami akan lindungi hak saudara kami yang telah pergi,
Wahai...wahai Medan,
Dimana kau selama ini?
Bersamamu kami rasai dan mulakan,
Selepas sekian lama, kini tiba di penghujungnya,
Kita perlu mengubah nasih kita sendiri,
Kau telah banyak berjasa, serahkan kepada kami selebihnya,
Kadang-kadang aku bimbang kau hilang sekadar kenangan,
Dimana, kau berjauhan dari kami dan idea berlalu pergi,
Dan kita kembali sedia kala, dan lupa akan segalanya,
Dan kita bercerita sekadar sebuah kisah dongeng.
Wahai...wahai Medan,
Diman kau selama ini??
Kini Medan dipenuhi oleh bermacam jenis manusia,
Ada yang gopoh, dan ada yang berani,
Dan ada yang semangatnya waja, dan juga berkenderaan,
Ada yang lantang, dan ada yang diam seribu bahasa,
Kita bersatu, dan rehat bersama-sama,
Kini kita tahu bagaimana mendapatkan hak kita,
Biarkan saja dunia mendengar keluahan kita,
Biarkan saudara kita yang lain turut bersatu hati.
Wahai...wahai Medan,
Diman kau selama ini??
Perancangan adalah kekuatan kita,
Persepaduan adalah senjata kita,
Medan memberitahu tentang kebenaran,
Ia selalu katakan tidak kepada penindas,
Medan ibarat satu gelombang,
Ada yang bermain keranya, dan ada yang merana kerananya,
Mereka yang diluar gelombang menamakan ia kekecohan,
Segala yang kami lakukan, kini tercatat,
Rasulullah mengajarkan kepada kita berlemah lembutlah kamu terhadap orang jahil, maafkan orang yang menzalimi kamu, hulurkan pemberian kepada kepada orang yang menahan pemberiannya kepada mu, dan sambungkan silaturrahim terhadap orang yang memutuskannya terhadap kamu.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Sesungguhnya agama ini mudah. Tidaklah seseorang berlebih-lebihan dalam urusan agama kecuali dia sendiri yang akan merasai kesusahannya. Tepatilah kebenaran atau apa-apa yang hampir dengannya, berilah khabar gembira dan gunakan waktu pagi dan petang serta malam untuk memudahkan perjalananmu".