Kata Assyahid Syed Qutb, “Iman yang
sebenar tidak akan mantap di hati kecuali setelah hati ini
bermujahadah melawan manusia kerana secara tidak langsung ia
sebenarnya telah bermujahadah melawan dirinya sendiri.
Mereka
selama-lamanya tidak akan memahami fenomena alam ini jika masih
memerap diri, duduk dalam keadaan aman dan selesa.
Sebaliknya dengan
iman, mereka akan dapat memahami fenomena alam ini.
Mereka juga tidak
akan dapat memahami dengan jelas segala realiti manusia dan realiti
kehidupan ini melainkan setelah mereka melalui proses ini.
Jiwanya,
emosinya, fikirannya, adatnya, nalurinya dan reaksinya tidak akan
dapat merasai apa yang dirasainya kecuali apabila mereka melalui
pengalaman yang sukar dan perit ini”.
No comments:
Post a Comment