Puan juga ada menceritakan bahawa semasa tahun 2001 ada seorang pelajar yang menceritakan tentang keluarganya. Cerita yang sangat tragik dan Allah memilih dirinya untuk melaluinya semua itu. Hampir tumpah air mata saya apabila mendengar pengalaman hamba Allah tersebut.
Ceritanya lebih kurang begini, saya anadaikan namanya adalah A. Si A mempunyai keluarga yang sangat bahagia. Bapanya merupakan kelulusan luar negara. Ibunya suri rumah. A merupakan anak sulung dan mempunyai dua orang adik beradik.
Suatu hari mereka sekeluarga keluar dan terlibat dalam kemalangan jalan raya. Kereta yang dinaiki mereka terbalik. Orang gaji si A sempat merangkak keluar dari kereta yang dipandu oleh ayah si A dan meminta pertolongan. Malangnya ayah si A meninggal dunia dan ibunya pula koma berbulan-bulan. Dalam keadaan si A yang tidak berapa sedarkan diri, dia mendengar doktor mengatakan bahawa kakinya cedera teruk dan oleh kerana lambat tiba di hospital maka kakinya haruslah dipotong.
Bayangkan, bagaimana si A hendak menjalani kehidupan sebagai anak sulong harus mengambil tanggungjawab untuk menjaga adik-adiknya yang masih bersekolah dan dalam masa yang sama ibunya masih koma di hospital. Kemudian si A pun mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di politeknik dan dia menerima tawaran tersebut walaupun dengan kekurangan pada dirinya iaitu tiada sebelah kaki.
Setelah beberapa bulan, ibunya pun sedar dari koma yang panjang. Apa yang akan diberitahu oleh si A tentang kematian ayahnya beberapa bulan yang lepas?? Setelah diberitahu, ibunya seolah tidak boleh menerima kenyataan tersebut dan seolah-seolah menjadi gila. Hanya selepas beberapa bulan setelah itu barulah ibunya boleh menerima kenyataan tersebut.
Dikatakan juga si A merupakan pelajar yang bijak dan ceria orangnya. Namun tiada siapa yang tahu disebalik keceriannya itu terselit kisah yang sangat menyayat hati. Sungguh tabah dia menerima ujian Allah. Semoga kita diberi kekuatan andai ditimpa musibah dan jangan lupa untuk bersujud kepadaNya.
Ohhhhhhhh Ohhhhhhhhhhh
[Mawi]
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup
Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud
[KRU]
Jika direnung kembali
Dari kehidupan
Pelbagai halangan kutempuh penuh cabaran
Tiada satupun ku hadapi dengan senang dan
Tiada satupun ku hadapi dengan tenang
Tapi ku bersyukur
Di saat ku murung
Ku musikkan dalam kedua telapak tangan
Semangat yang dah luntur
Harapan yang dah terkubur
Diberi arah tukku teruskan
[Mawi]
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup
Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud......
Hanya mampu sujud.....
[KRU]
Pernah kulihat mereka
Yang hilang segalanya
Insan yang tersayang
Atau harta benda
Pancaroba bencana juga malapetaka
Adalah sebahagian ujian dunia
Di sebalik kesusahan
Tidak letih mengerti erti kesenangan
Harusku akur dengan apa yang telah dikurnia
Barangkali esok semua berubah
Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit cerah bersinar
Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit mendung tak bercahaya
[Mawi]
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup
[KRU & Mawi]
Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud......
Hanya mampu sujud.....
[Mawi]
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup
Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud
[KRU]
Jika direnung kembali
Dari kehidupan
Pelbagai halangan kutempuh penuh cabaran
Tiada satupun ku hadapi dengan senang dan
Tiada satupun ku hadapi dengan tenang
Tapi ku bersyukur
Di saat ku murung
Ku musikkan dalam kedua telapak tangan
Semangat yang dah luntur
Harapan yang dah terkubur
Diberi arah tukku teruskan
[Mawi]
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup
Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud......
Hanya mampu sujud.....
[KRU]
Pernah kulihat mereka
Yang hilang segalanya
Insan yang tersayang
Atau harta benda
Pancaroba bencana juga malapetaka
Adalah sebahagian ujian dunia
Di sebalik kesusahan
Tidak letih mengerti erti kesenangan
Harusku akur dengan apa yang telah dikurnia
Barangkali esok semua berubah
Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit cerah bersinar
Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit mendung tak bercahaya
[Mawi]
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup
[KRU & Mawi]
Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud......
Hanya mampu sujud.....
~ Sujud - Mawi feat KRU ~
No comments:
Post a Comment