Pemilik Cintaku Selepas ALLAH dan RASUL |
Buku yang sarat dengan panduan tentang mencari pasangan hidup. Bukan itu sahaja, malahan sesuai dibaca hampir semua peringkat umur. Kredit buat saudari Fatimah Syarha Mohd Noordin yang telah menghasilkan buku ini.
Bahagian yang paling saya sukai dalam buku ini ialah :
"Kalau suka, jumpalah ibu bapa.
Sayangnya tiada yang berani, tanda tak bersedia.
Kalau tak sedia, kenapa nak bercinta?
Bukankah itu pintu zina semata-mata?
Nauzubillah!!
Aku berazam membangkitkan mereka daripada kelalaian
fitnah wanita di akhir zaman
dengan sebuah prinsip dan ketegasan"
MasyaAllah!! Kata-kata yang sangat mendalam dan sangat terkesan di hati ini. Buat teman-teman seperjuangan daripada membeli dan menelaah novel-novel cinta baik beli dan menelaah novel yang islamik seperti ini. Baca, hayati dan ambil iktibar darinya.
Sememangnya ia adalah peringatan untuk diri saya juga. =))
No comments:
Post a Comment