Tuesday, 20 November 2012

Muflis..

"Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?"

Jawab mereka : Orang muflis dalam kalangan kami ialah orang yang tiada dirham dan harta."

Kata beliau, "Orang yang mufis dalam kalangan umatku ialah orang yang datang pda hari kiamat nanti bersama solat, puasa, dan zakatnya, namun dia pernah memaki orang, menuduh orang, memakan harta orang, menumpah darah orang, dan memukul orang. Lalu diberikan kepada orang ini, dan itu pahalanya. Sekiranya pahala habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka." 
(Direkodkan oleh Muslim)

Sunday, 11 November 2012

Oh Usrahku..

http://muharikah.wordpress.com/2012/10/19/oh-usrahku/#more-2378

Syurga Itu..


Allah menyatakan,"Aku sediakan utnuk para hamba-Ku yang soleh itu apa yang mata tidak pernah melihatnya, telinga tidak pernah mendengarnya iaitu kelunakan bunyinya dan tdak pernah terlintas keindahan itu dalam jangtumg hati manusia" (Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)

Syurga melupakan kita pada segala derita dunia sementara neraka melupakan kita pada segala nikmat dunia.

Friday, 9 November 2012

7 Kelebihan Mati Syahid..



..::~ Diampuni dosa-dosanya bersamaan dengan titisan darah yang pertama ~::..

..::~ Dapat melihat tempatnya di syurga ~::..

~::.. Diselamatkan dari azab kubur ~::..

..::~ Diselamatkan dari ketakutan yang besar di hari hisab ~::..

..::~ Dipakaikan mahkota kebesaran, sebuah mahkotanya lebih baik dari dunia dan seisinya ~::..

..::~ Dinikahkan dengan 72 orang bidadari syurga ~::..

..::~ Diberi izin untuk mensyafaati 70 orang ahli keluarganya ~::..

Diriwayatkan oleh Tirmidzi dalam Sahih Jami' dan beliau berkata : Hasan Sahih

Thursday, 8 November 2012

Solat..

Rasulullah saw bersabda:
“Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya dia menegakkan agama, sesiapa yang meninggalkannya dia meruntuhkan agama. Siapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja,maka sesungguhnya dia telah kufur dengan nyata”.-HR Bukhari dan Muslim..

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w., bersabda:
“Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari qiamat mengenainya ialah sembahyangnya jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah dia.

Kiranya terkurang dari sembahyang fardunya sesuatu, Tuhan berfirman: “Periksalah, adakah hambaku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain.”

Jangan Kau Sangka..

❤ Jangan kau sangka kawanmu yang sering menegurmu itu adalah orang yang paling bertaqwa..
❤ Jangan kau fikir kawanmu yang sering menasihatimu itu adalah manusia yang tak diuji..
❤ Jangan kau ingat kawanmu yang tegas beragama itu adalah manu
sia yang paling sempurna..

Hakikatnya..

❤ Dia menegurmu untuk mengingatkan dirinya juga..
❤ Dia menasihatimu untuk dirinya turut berjaga-jaga..
❤ Dan dia bertegas dalam perkara agama kerana risaukan bahang api neraka..

❤ Kawanmu itu bukanlah MALAIKAT..
❤ Dia juga MANUSIA..
❤ Bersangka baiklah, dia sebenarnya mahu memimpinmu masuk ke syurga bersama-samanya.

Saturday, 3 November 2012

Seloka Muslimah..

Tutup aurat adalah satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib ditekankan,
Kalau tidak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tidak perlu pun `make up'.

Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tidak berani mengorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian moden memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakai pun nampak pusat.

Berseluar ketat baju pun ketat,
Jarangnya pula boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.

Apa yang cantik bila dipandang,
Lengan pendek tetapi bertudung,
Kelihatan seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung

Amatlah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia menjawab: fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda lelaki sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tiada guna sesen.

Kalau nak "Make Up" biarlah berpadan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia akan melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian si lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang lelaki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa ditayangkan jambul,
Kecantikan tidak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tidak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah berniat jahat,
Cuma ingin memperingat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau ingin ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh, ubahlah diri,
Benda yang baik tidak perlu diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak bila wanita diperli,
Keluarga kita tidak terkecuali,
Terutama sekali anak dan isteri.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.

Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh besok anda mulai.