Novel?? Sejak bila pula Nik yang saya kenal ni minat dengan
novel? Kami sewaktu disekolah dulu memang sekepala kalau bercerita bab bola
sepak. Walaupun saya perempuan ianya tidak membantutkan kesukaan saya terhadap
sukan yang satu itu.
Berbalik kepada cerita novel tadi. Kata Nik novel-novel
Hlovate stylo dan islamik. Bila dengar islamik plus dengan stylo timbul rasa pula nak
baca. Kebetulan teman sebilik saya memang peminat Hlovate dan dia pun sedang
mengumpul novel-novel karangan Hlovate. Saya pun apa lagi cuba-cuba lah untuk
baca. Nik kata baca 5 Tahun 5 Bulan.
Dan saya berjaya menghabiskan novel tersebut dalam masa 3
hari. Tak boleh baca terus sebab kena study juga kan. Dan saya temui satu
kelainan dengan novel karya Hlovate ni. Memanglah tak boleh dibandingkan dengan
novel-novel karangan Habiburrahman al-Syirazi atau Ubaidillah A. Alias. Tapi novel
ni memang ada nilainya yang tersendiri.
Dulu masa zaman sekolah saya seorang peminat novel cintan
cintun. Banyak juga novel yang sempat dibaca masa zaman “jahil” tu. Sampai akhirnya
saya rasakan betapa banyak masa yang telah saya buang semata-mata untuk melayan
perasaan yang entah apa-apa tu. Dan minat saya terhadap buku telah bertukar
dari membaca novel semata-mata kepada buku-buku ilmiah sekarang ini. Tapi syukurlah
saya tak pernah pun beli novel-novel tu, semuanya pinjam dari Yaya. Yaya tu
sahabat dari kecil lagi, dah macam watak dalam 5 Tahun 5 Bulan lah pula. Hehe.
Apa yang paling terkesan sekali tentang novel Hlovate ni
ialah dia tidak mengajak saya mengelamun atau pun rasa terawang-awangan melayan
perasaan. Itu yang membuatkan saya jatuh hati tu. Pernah adik saya menyuarakan
pendapat untuk membeli novel Ombak Rindu selepas melihat meletupnya filem tu di
pasaran. Dan saya dengan tegas melarang sebab tak nak adik saya pun berangan melayani
perasaan. Untuk mengelakkan dia beli novel Ombak Rindu tu saya pun gantikan
keinginannya dengan novel Mengintai Cinta Khalifah oleh Ustaz Ubaidillah A.
Alias. Biar terisi dengan pengisian untuk memahami erti “Khalifah”.
Dalam 5 Tahun 5 Bulan juga saya belajar bagaimana seseorang itu boleh menjadi matang dalam proses umur yang semakin meningkat dari tahun ke tahun. Dari seorang remaja bertukar menjadi wanita yang matang, seorang isteri, seorang ibu dan seorang doktor.
Terima kasih Nik Nurul Ain yang jauh berada di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah. Miss you so much, hampir 3 tahun tidak bertemu. Ukhuwwah fillah, May Allah bless.
5 Tahun 5 Bulan
HLOVATE