Orang-orang yang mempelajari penyakit-penyakit hati akan menyedari
bahawa bahaya yang sering dihadapi oleh orang berjuang ialah perasaan
ingin terkenal, lupa diri dan cinta harta dan jawatan.
Inilah sebabnya dari
pagi Rasulullah telah mengingatkan supaya waspada, kalau-kalau kita
dihinggapi penyakit cinta pangkat, gila harta dan terjerumus kedalam
syirik yang tersembunyi iaitu riya.
Makna-makna ini sangat ditekankan dalam pendidikan Ikhwanul Muslimin,
dijaga benar-benar agar setiap anggotanya tidak dihinggapi penyakit
gila populariti.
Pendidikan Ikhwan telah berjaya menghasilkan pejuang
yang sukar dikalahkan yang kemudiannya menjadi pahlawan yang
tidak dikenali, seperti yang disebutkan oleh satu hadith Nabi SAW
yang diriwayatkan oleh Tirmizi : Merekalah umat yang baik
dan bertaqwa, walaupun tidak dikenali. Walaupun mereka
tiada, mereka tidak dilupakan. Apabila mereka hadir
mereka tidak dikenali orang.
~ Prof. Dr. Yusuf Qardhawi : Sistem Pendidikan Ikhwanul Muslimin~